_____________________________________________________________

________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________


Agama Islam mempunyai penganut yang ramai jika ingin dibandingkan dengan penganut agama-agama lain.Namun begitu,ramai dikalangan umat Islam tidak memahami hakikat sebenara menjadi seorang penganut Islam.Salah satu sebab perkara ini berlaku kerana Islam yang mereka anuti adalah Islam Warisan atau Islam secara turun temurun,berbandaing dengan golongan di awal permulaan Islam mereka menghayati,mengaplikasikan didalam kehidupan bahkan mereka sanggup di bunuh dengan kejam seperti kisah Summayyah dan ahli keluarganya dalam mempertahankan Islam yang mereka cintai,tetapi kini segalanya telah berbeza penganut-penganut Islam bersikap acuh tidak acuh didalam mempertahan Aqidah Islam.Bahkan pada saat ini ada sahaja pihak-pihak yang menerima Islam hanya di beberapa situasi bukan sekadar itu sahaja malah wujudnya golongan yang membahagikan Islam hanya untuk urusan akhirat dan tidaka boleh dicampur adukkan Islam dengan urusan kedunian seperti pekerjaan,politik,ekonomi dan sebagainya.Perkara ini amat menyedihkan,persoalan yang timbul mengapa perkara ini berlaku?Ketidakfahaman terhadap Islam menjadi faktor utama Islam dipandang sinis oleh masyarakat bukan Islam dan Masyarakat Islam juga turut serta.


Ayuh Pemuda/Pemudi Bangkitlah !!
sekarang bukan masa untuk anda bersenang lenang,bukan masa untuk berbulan madu dengan nikmat kesenangan..BANGKITLAH sekarang masa untuk bekerja,jika hari ini Dunia di gegarkan dengan berita kebangkitan Pemuda-Pemuda Arab yang mula sedar mengenai perjuangan Islam,perjuangan Pembebasan Palestin anda bila lagi ?? ayuh BANGKIT bersama USRAH.

Mengapa Bangkit Bersama USRAH ??persoalan ini yang akan timbul didalam diri kalian,jika dikaji sejarah perjuangan tokoh temporary As Syeikh Dr Yusof Al Qardawi dan merupakan tokoh yang membakar semangat Jihad Pemuda-Pemuda Arab, beliau bermula dengan Usrah dan jika anda mengkaji sirah perjuangan Baginda Nabi permulaan penyebaran Islam bermula dengan Usrah di rumah Al Arqam Bin Abi Ar Qam..USRAH SATU SUNNAH tetapi sunnah ini kian dipencilkan,siapa lagi yang ingin menegakkan Sunnah Nabi jika bukan ANDA !!

Ayuh Syabab,Ayuh Fatayat BANGKITlah !!

Islam memerlukan kualiti bukan kuantiti,persiapkan diri anda untuk bersama USRAH,usrah punca penyatuan,usrah punca kekuatan dan usrah punca kebangkitan.Sampai bila Islam ingin ditindas,sampai bila Islam ingin digelak tawakan oleh kaum kafir (laknat Allah ke atas mereka ) BANGKIT....BANGKIT jadikan usrah disekolah,institusi,universtiti,kampung-kampung anda sebagai MEDIUM.Jika Islam pernah memegang empayar yang kukuh selama 800 tahun lamanya,adakah anda perlu mengambil 800 tahun untuk menegakkannya ??

Nuqaba' Naqibat BANGUNLAH !
Nuqaba' dan Naqibat sedarlah ramai yang memerlukan anda,jika pelajar-pelajar sekolah,intitusi,pemuda,pemudi dan masyarakat telah BANGKIT adakah anda NUQABA' dan NAQIBAT telah BERSEDIA atau anda sebaliknya,pujuklah diri anda,rakan-rakan anda untuk bersama dengan USRAH.

"jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga"dengarlah suara-suara hati teman seperjuangan anda,teman seorganisasi kenapa dan mengapa mereka mengangkat kaki daripada medan perjuangan kerana perjuangan ini saling melengkapi jangan ditinggalkan mereka yang lemah didalam perjuangan,jangan dipinggirkan mereka yang merajuk didalam perjuangan...DENGARLAH suara hati mereka dan mungkin anda punca mereka meninggalkan medan USRAH...AYUH SATU HATI

AYUH...AYUH...AYUH !!!

sedarlah wahai pemuda,syabab,pemudi,fatayat,nuqaba',naqibat dan penganut-penganut Islam,sudah tiba masanya..Jangan biarkan diri terus digelak tawakan,diperkotak katikkan,dihina dan dicaci.Jika dulu 2/3 dunia adalah milik Islam adakah kita ingin terus berbangga dengan sejarah tanpa berusaha mengembalikan sejarah.

SEDARLAH wahai penganut ISLAM
jom bekerja bersama dengan USRAH..
salam USRAH,salam Ukhwah.


Nukilan Mutiara Nabawi Friday, November 25, 2011

Daftar disini

Photobucket

LOG MASUK


TV USRAH

______________________________________________________