_____________________________________________________________

________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________

Beriman tanpa syariah adalah fasiq, Bersyariah tanpa iman adalah munafiq.

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam perkenalan dari kami Usrah Ahmadiah M. Awalan, sama-sama kita rafa'kan kesyukuran kita ke hadrat Allah S.W.T kerana masih lagi memberi kita peluang untuk hidup di dunia yang sementara ini. Usrah Ahmadiah berasa amat bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan laman kami yang tidak seberapa ini, mudah-mudahan dengan adanya laman ini kerja dakwah amar ma'ruf nahi mungkar dapat diteruskan dalam kalangan umat islam. Pada hakikatnya, Usrah Ahmadiah bukanlah sebuah usrah tariqat . Pada asalnya Usrah Ahmadiah ini ditubuhkan pada tahun 2005 dan ketika itu hanya dianggotai 10 orang pelajar. Namun hari berganti hari, tahun bertukar tahun sehingga 2010 Usrah Ahmadiah ini di anggotai hamper 300 orang pelajar dalam mahupun luar.

Usrah Ahmadiah merupakan nama yang kelima selepas usrah ini mengalami proses rombakan perlembagaan sebanyak 5 kali. Antara objektif penubuhan Usrah Ahmadiah ini adalah untuk mentarbiyah jiwa-jiwa ahli yang menyertainya agar terus istiqamah dengan elemen-elemen islam disamping melahirkan seberapa ramai pendakwah yang berkaliber dan berkarisma. Idea penubuhan ini direalisasikan oleh beberapa orang ustaz yang sedang melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Kebijaksanaan barisan kepimpinan Usrah Ahmadiah sebanyak sedikit membantu usrah ini terus berdaya saing seiring kemajuan dunia IT.

Dalam konteks dakwah dan amar makruf nahi mungkar Usrah Ahmadiah ini juga ditubuhan bagi menjana kualiti umat Islam di negara khususnya para remaja. Ilmu Amal Iman merupakan teras pembangunan tarbiyah didalam konteks tarbiyah ruhiyyah dan jasadiyyah Usrah Ahmadiah. Harapan kami dengan tertubuhnya usrah ini sebanyak sedikit dapat membantu menangkis masalah ummat islam hari ini dan membantu mengembalikan kegemilangan islam. Kami Usrah Ahmadiah mengharapkan kerjasama semua dalam menjana kualiti ummah. Wallahua'alam.

“Segalanya Bermula Disini”

Nukilan Mutiara Nabawi Wednesday, August 6, 2008

Daftar disini

Photobucket

LOG MASUK


TV USRAH

______________________________________________________