
Ahlan  Wa Sahlan Ya Rajab..اللّهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلّغنا رمضان, Moga  kita sampai dibulan Ramadhan. Saya amat merindui saat itu! Allah!
Kebiasaan  kita, lebih mengimarahkan dan tertunggu-tunggu masuknya bulan  Ramadahan. Ketika itu, mulalah saling rebut untuk melakukan pelbagai  amalan yang dijanjikan Allah pahalanya. Memang itulah yang sepatutnya  berlaku. Namun, ramai juga yang tidak sedar bahawa Bulan Rejab juga  mempunyai keistimewaan. Malahan, kadangkala ada yang tidak sedar akan  kehadiran bulan Rejab. Penulis mengamati dan memerhatikan fenomena ini  berlaku dalam masyarakat yang terdekat dengan penulis sendiri.
Sehinggakan  apabila penulis bertanya esok hari apa dan berapa hari bulan mengikut  bulan Islam. Mulalah tergagap-gagap nak menjawab,. Tapi kalau bulan  Ramadhan, mudah saja menjawab, apatah lagi bila nak masuk Bulan Syawal  (Hari Raya). Tentu bersemangat menjawab siap keluarkan baju baru (baju  raya) untuk ditunjukkan lagi tanpa diminta. Biasalah fenomena begini. J
Apapun,  penulis doakan semoga amalan kita semua bertambah di bulan Rejab ini,.  Inilah bulan Allah. Jom kita lihat fadhilat bulan Rejab. Bulan yang  Istimewa juga.
1. Sabda Nabi S.A.W : Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab niscaya Allah memuliakan dengan 1000 kemuliaan di hari Qiamat.
2. Sabda Nabi S.A.W. : Bulan Rejab bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku dan Bulan Ramadhan bulan ummatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam Nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul Qodarnya.
4. Malam awal Rejab mustajab doanya (kitab Raudhoh Imam Nawawi).
5.  Puasa sehari pada bulan Rejab dijadikan Allah baginya dua sayap, Akan  membawanya terbang di atas Sirotmustaqim di hari Qiamat. (Al-Hadis).
6. Puasa sehari dalam bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga. (Al-Hadis).
7.  Puasa Sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus).  Puasa dua hari dilipat gandakan pahalanya. (Al-Hadis).
8. Puasa  tiga hari pada Bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang  menghalangkan dia ke neraka yang panjangnya setahun perjalanan.  (Al-Hadis).
9. Puasa empat hari pada Bulan Rejab diafiatkan  daripada bala dan penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajjal  di hari Qiamat. (Al-Hadis).
10. Puasa lima hari pada bulan Rejab, Allah SWT akan amankannya daripada azab kubur. (Al-Hadis)
11. Puasa enam hari pada bulan Rejab, ia keluar daripada kubur dengan bercahaya mukanya. (Al-Hadis)
12. Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya tujuh pintu neraka. (Al-Hadis)
13. Puasa lapan hari pada Bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu Syurga. (Al-Hadis)
14.  Puasa sembilan hari pada Bulan Rejab, keluar daripada kuburnya lalu  menyeru lailahaillallah dan tidak ditolak dia masuk ke dalam syurga.  (Al-Hadis)
15. Puasa sepuluh hari pada Bulan Rejab, Allah jadikan  baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu  batu. (Al-Hadis)
16. Puasa 16 hari pada Bulan Rejab akan dapat  melihat wajah Allah didalam syurga, dan orang yang pertama menziarahi  Allah di dalam Syurga. (Al-Hadis)
17. Puasa 19 hari pada Bulan  Rejab, dibina baginya sebuah mahligai dihadapan mahligai Nabi Allah  Ibrahim A.S. dan Nabi Allah Adam A.S. (Al-Hadis)
18. Puasa 20  hari pada Bulan Rejab, diampunkan Allah segala dosanya yang telah lalu,  Maka mulailah beramal apa-apa yang tinggal daripada umurnya.  (Pembaharuan umur bermaksud terhapus dosa-dosanya). (Al-Hadis)
19. Berkata Saidina Ali R.U. :
- Puasa Rejab 13 hari seperti puasa 3000 tahun.
- Puasa Rejab 14 hari seperti puasa 10,000 tahun.
- Puasa Rejab 15 hari seperti puasa 100,000 tahun.
20. Kelebihan Bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Al-Quran atas segala Qalam. (Al-Hadis)
21. Puasa pada awal Rejab, pertengahan dan akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya. (Al-Hadis).
22. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan Ibadah seumur hidupnya.
Maka akan berseru dari langit :
Gembiralah  kamu dengan kemuliaan yang besar dan diminumkan dia ketika hendak mati.  Mati ia dengan puasa, masuk kubur ia dengan puasa, keluar kubur dengan  puasa, dan masuk syurga dengan puasa dan masuklah syurga dengan  sepuas-puasnya. ia terlepas dari azab kubur yakni yang berpuasa disiang  hari dan beribadah pada malamnya. (Al-Hadis)
23. Bulan Rejab (Bulan Allah) diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah S.W.T.
Puasa bulan Rejab wajib baginya :
- Diampunkan dosanya yang lalu
- Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
- Terlepas dari dahaga di hari Qiamat.
24. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah sedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. (Al-Hadis).
25.  Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar,  dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma pada jasadnya seribu  kebajikan, diangkat seribu darjat, dan dihapuskan seribu kejahatan.
(Al-Hadis)
26.  Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab  seperti ibadah seribu Haji dan Umrah. Dibina seribu mahligai, seribu  bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali  ganda, kerana keistimewaan bulan Rejab yakni bulan Allah. (Al-Hadis)
27. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka, kerana kemuliaan bulan Rejab, bulan Allah. (Al-Hadis).
28.  Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pada pagi dan  petang hari 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab diharamkan tubuh  atau jasadnya daripada api neraka. (Al-Hadis).
29. Puasa pada  hari 27 Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya.Jika disertai dengan  sedekah seperti puasa selama 1000 tahun, kerana kebesaran hari Israk  mikraj. (Al-Hadis).
30. Sesiapa yang melapangkan kekeruhan,  kesusahan dan masaalah orang mukmin pada bulan Rejab, dikurniakan Allah  kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga firdaus. (Al-Hadis).
31.  Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadah pada  malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun lamanya –  diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70  hajat ketika keluar nyawa daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kubur,  70 hajat ketika terangkatnya suhuf (ketika Quran dinaikkan kelangit),  70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan (timbangan amal), 70 hajat  ketika berlalu di titi Sirotol Mustaqim. (Al-Hadis).
32. Sabda  Nabi S.A.W.: Ketika malam aku dimikrajkan aku melihat sungai yang airnya  lebih manis daripada madu dan lebih dingin daripada salji , lebih wangi  daripada kasturi. Maka aku bertanya : “ Wahai Jibrail, untuk siapa ini  semua ?” Jibrail menjawab : “Untuk mereka yang membaca selawat untukmu  pada bulan Rejab,” Nabi bersabda : “ Taubatlah kamu sekelian kepada  Allah dan mohonlah keampunan dari dosa-dosamu dan jauhilah daripada  perbuatan maksiat pada bulan haram yaitu Rejab”
33. Beramal pada bulan Rejab digandakan 70 pahala, Syaaban diganda 700 pahala dan Romadhon diganda 1000 pahala. (Al-Hadis).
34.  Di dalam syurga terdapat suatu sungai yang bernama ‘Rajab’ ia lebih  putih daripada susu, dan rasanya lebih manis daripada madu. Maka barang  siapa yang berpuasa (sebahagian )* daripada Bulan Rejab, Allah akan  memberi minum dengan air sungai tersebut. (Al-Hadis).
35. Setiap  orang akan berasa lapar pada hari Qiamat, kecuali para-para Nabi dan  keluarganya dan pada mereka-mereka yang berpuasa pada bulan Rejab,  Syaaban dan Ramadhan, Maka sesungguhnya mereka selalu merasa kenyang,  tidak lapar dan tidak pula haus.
36. Apabila engkau mengkehendaki  suatu ketenangan waktu mati, dan meninggalkan dunia ini beserta Iman  dan selamat dari godaan syaitan, maka hormatilah bulan –bulan ini semua  (Rejab,Syakban dan Ramadhan) dengan memperbanyakkan puasa dan menyesali  terhadap dosa-dosa lalu, ingatlah kepada pencipta alam ini, maka kamu  akan masuk syurga dengan selamat. (Hadis)
37. Dari Anas bin Malik  r.u. berkata: " Aku bertemu dengan Muadz bin Jabbar r.a. Maka aku  bertanya kepadanya : Dari mana engkau datang wahai Muadz? Ia menjawab  "Aku dari tempat Rasulullah s.a.w. "Apa yang engkau dapat daripadanya?"  Tanya Anas. "Aku mendengar bahawa barangsiapa yang mengucapkan  LAILAHAILLALLAH, Maka ia akan meninggalkan dunia ini dengan Ikhlas  masuklah ia kedalam syurga, Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Rejab,  kerana mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. maka masuk ia akan syurga".
Maka  aku terus ke rumah Rasulullah s.a.w. dan bertanya: "Wahai Rasulullah,  sesungguhnya Muadz bercerita begini-begini kepadaku". Maka Rasulullah  s.a.w. menjawab benar apa yang dikatakan oleh Muadz.
(Zuhratur Riyad)
Diantara amalan-amalan yang sangat baik dianjurkan ketika berada dalam bulan Rejab:
- Banyakkan puasa sunat jika mampu,
- Perbanyakkan Solat-solat sunat yang mengiringi solat fardhu (rawatib).
- Solat sunat Dhuha, sunat tasbih, sunat tahajjud, sunat hajat, sunat witir dan sebagainya, buat menampung amalan fardhu
- Banyakkan masa dengan membaca Al-Quran.
-  Banyakkan berzikir dengan bertasbih bertahmid, bertakbir dan bertahlil  beberapa ratus kali. Jika tak mampu lakukan beberapa kali termampu pada  sebilangan waktu. Waktu terbaik ketika hampir subuh selepas subuh dan  ketika hampir masuk waktu berbuka puasa.
- Berselawat keatas Nabi S.A.W. sebanyaknya
-  Beristighfarlah mohon keampunan diatas dosa-dosa yang lalu. Paling  utama bacalah Istighfar Rejab setiap hari (sila rujuk dalam kitab-kitab  doa atau melalui tuan-tuan guru mengenainya)
- Berdoalah memohon sebanyak-banyaknya dalam solat, didalam sujud dan selepas solat beberapa lama tanpa berasa jemu meminta.
Rasulullah  saw. Bersabda , “ Barangsiapa berpuasa pada hari khamis , jumaat dan  sabtu pada bulan haram (Rejab) maka Allah mencatat baginya ibadah dua  tahun.
Rasulullah saw bersabda ,”Barangsiapa berpuasa satu hari  berpuasa pada bulan rejab, maka ia seperti berpuasa (selama) satu tahun.
Abu  Qilabah r.u berkata , ‘Di dalam syurga terdapat sebuah istana yang  disediakan khusus bagi orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab.”
Rasulullah  saw. Bersabda “ Di dalam bulan Rejab ada satu hari dan satu malam yang  mana barangsiapa berpuasa pada hari itu dan sholat malam pada malam itu,  maka ia bagaikan berpuasa seratus tahun dan sholat malam seratus tahun  lamanya. Hari itu ialah 3 hari terakhir.
Yakni, setiap hari dari  bulan Rejab adalah hari yang cukup Istimewa. Ibarat orang menghulurkan  ketulan emas di hadapan mata, bahkan lebih dari itu. Justeru, nak  lepaskan peluang ini?
اللّهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلّغنا رمضان
Sumber:http://suhaila-annur.blogspot.com/2011/06/ahlan-ya-rajab.html








