_____________________________________________________________

________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________

Di antara perkara atau amalan yang boleh menambahkan ingatan dan meneranggkan hati ialah mengamalkan Asma' Allah yang mulia sebagaimana yang disamapaikan oleh As Sheikh Sayyid Muhammad Ibn Alawi Al Maliki.

1)al Fattah =maha Pembuka
-Khasiat nama ini adalah untuk memudahkan urusan,menerangkan hati dan mendapatkan futuh (pembukaan pintu hati)
-sesiapa yang membacanya sebanyak 71 kali sambil meletakkan tangan di atas dada,maka akan disucikan hatinya,diterangkan sirnya dan dimudahkan urusan dan rezkinya.

2) Al Alim = Maha Mengetahui
-Ulama' menyatakan Nama Allah ini akan menghasilkan Ilmu dan ma'rifah.sesiapa yang sentiasa melazimkannya akan di buka rahsia ketuhanan.

3) Al Bassir=Maha Melihat
-Sesiapa yang membacanya selepas Jumaat sebanyak 100 kali,maka Allah akan membuka mata hatinya dan mendapat taufiq pada perkataan dan amalannya.

4) Al Hakim=Maha Bijaksana
-sesiapa yang membacanya,akan di buka pintu kebijaksanaan

5) Al Nur=maha Pencipta Cahaya
-Sesiapa yang membacanya akan dikurniakn nur kepada hatinya

6)al hakam=Maha menghukum
-sesiapa yang membacanya waktu tengah malam dalam keadaan suci sehinggalah karam dengan nama ini maka Allah akan menjadikan hatinya tempat galian rahsia-rahsiaNYA.

Nukilan Mutiara Nabawi Saturday, January 8, 2011

Daftar disini

Photobucket

LOG MASUK


TV USRAH

______________________________________________________