_____________________________________________________________

________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________


sekadar perkongsian oleh khadim ilmu zulhafizi
at 1.45a.m,1 jan, in label sisipan nuqaba'


erm betul ke usrah dah tamat riwayatnya?lama tak dengar cerita dah usrah ni?blog pon tak update ! ada ke tak lagi usrah ni ?


salam Sayang Salam Ukhwah Salamualaikum

erm itu antara persoalan yang timbul kemana hilang usrah yang satu ketika dahulunya gah, untuk makluman usrah Ahmadiah akan terus dijalankan bagi membantu membentuk Fardin Muslim, pihak usrah memohon kemaafan atas segala kekurangan yang berlaku pada di bawah tampuk kepimpinan 2010 hal ini mungkin akibat terlepas pandang maka usrah telah menimbulkan beberapa persoalan yang kurang mengenakkan untuk di dengari.


Apakah itu Fardin Muslim???

Fardin Muslim atau individu muslim adalah individu yang menjdikan Islam sebagai Ad Deen yang bermaksud menjadikan Islam Sebagai satu cara hidup dari seluruh aspek kehidupan.


Kenapa Perlu Membentuk Fardin Muslim???

Persoalan ini juga pernah ana timbulkan kepada seorang naqib dan akhirnya jawapannya ana perolehi selepas bertaaruf dengan tokoh yang hebat di dalam Memperjuangkan Usrah iaitu As Shahid Hassan Al Banna.

Apa kata As Shahid Hassan Al Banna :
-binaan pertama dalam maratib amal(peringkat da'wah)
-Kanun perubahan : إِنَّ اللهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُ مَا بِأَنْفُسِهِمْ [ الرعد : 11 ]
-Membina rijal lebih payah dari membina institusi – Mustafa Mahsyur
-Metodologi dakwah rasulullah ; generasi awal Islam dibina dirumah Al-Arqam b.Abi Arqam.
-Mereka menjadi qaedah sulbah ( tulang belakang)


Bagaimana Membina fardin Muslim??
Membentuk Fardin Muslim bukan satu perkara yang mudah walaupun mudah di bibir tetapi tanzimnya(perlaksanaan)bukan satu perkara yang mudah.
Hari ini ratusan bahkan ribuan orang sanggup mengambil cuti bekerja hanya untuk berdemontarasi tetapi alangkah indahnya ratusan atau ribuan manusia tersebut mengimarahkan rumah-rumah Allah bahkan Ini perkara yang amat dituntut.
Ya ana tidak menafikan membentuk khilafah Islamiah,daulah Islamiah merupakan satu perkara yang mesti dipandang serius sebagaimana mengikut kaedah usul Fiqh "Ma la Yatimul Wajib Illa bihi fahuwa wajib"apa yang menyempurnakan sesuatu perkara dengannya maka nya itu wajib sekiranya untuk membentuk daulah Islamiah memerlukan demonstrasi maka demonstrasi adalah wajib.Jika mengikut maratib amal membentuk fardin muslim adalah lebih di tuntut sebelum membentuk daulah Islamiah.


Bagaimana membina menurut Imam Hassan Al Banna :

"pembentukan ummah,pendidikan bangsa,menggapai cita-cita dan memenangkan prinsip memerlukan kepada quwwah nafsiah ( kekuatan jiwa ) yang hebat dan unggul yang tergambar dari beberapa perkara"
a.kemahuan yang kuat
b.kesetian yang teguh
c.Pengorbanan yang tinggi
d.memahami prinsip,meyakininya dan menghargainya


Antara Uslub yang mampu membentuk fardin muslim maka usrahlah salah satu uslub yang dilihat amat berkesan untuk membantu membentuk Fardin Muslim ,maka tahun 2010 telah menjadi kenangan yang tidak mampu diubah,jadikan 2011 sebagai tahun untuk menjulang usrah ke arah yang lebih tinggi.Bangkitlah wahai Nuqaba' ana,akh asri dan kepimpinan dahulu tidak mampu berjalan seiring dengan kalian tetapi cukuplah ngauman kami mampu membantu kalian.Ayuh Bangkitlah

Nukilan Mutiara Nabawi Tuesday, January 4, 2011

Daftar disini

Photobucket

LOG MASUK


TV USRAH

______________________________________________________