_____________________________________________________________

________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________

Saat tangan admin menaip perkataan-perkataan di keyboard bagi melengkapkan artikel untuk blog Usrah , minda dan fikiran admin sedikit-sebanyak dibelenggu oleh rasa 'frust' dan 'tension' apabila melihat komen-komen pengunjung di shoutbox. Ingin saja admin membalas kembali komen-komen tersebut yang admin rasakan agak keterlaluan. Malah admin sebenarnya telah pun menaip sehalaman post untuk menjawab kembali komen-komen yang dilontarkan oleh pengunjung. Tapi apakan daya , Amir Usrah telah memberikan arahan agar jangan dipedulikan kata-kata kalutan pada shoutbox tersebut. "Sabar jelah , mulut orang boleh cakap pape sahaja , tetapi hanya Allah S.W.T sahaja yang layak untuk menilai usaha-usaha dakwah kita." Ya Rabbi Ya Salam , betapa tak dapat admin bayangkan bagaimanakah perasaan Amir Usrah tatkala membaca komen-komen pengunjung yang admin rasakan bukan sahaja TIDAK MENGGALAKKAN , SELEKTIF , dan TIDAK BERADAB . Betapa sabarnya Amir Usrah kalau nak dibandingkan dengan admin sendiri. Sebab ia sudah menjadi arahan ketua , maka terpaksalah admin patuhi sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wataa'la :

SURAH AN-NISA':59,"TAATILAH ALLAH,TAATILAH RASUL DAN PEMIMPIN DI KALANGAN KAMU".......Maka wajiblah bagi admin untuk mematuhi arahan tersebut......


Sahabat-sahabat sekalian , walau bagaimanapun admin amat menghargai komen-komen pengunjung kerana ianya bukti kewujudan Usrah Ahmadiah ini masih dipedulikan oleh pengunjung . Insya-ALLAH komen-komen pengunjung akan admin jadikan sebagai batu loncatan ataupun sebagai pemangkin semangat bagi terus menghidupkan badan dakwah ini.

Merujuk kepada ayat 23-24 dari Surah al-Isra' Allah telah berfirman yang bermaksud:

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik (ihsan) kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka jangan sekali-kali kamu mengatakan kepada kedua-duanya perkataan "ah"** dan janganlah kamu membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah.."Wahai Tuhanku! Kasihanilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecilku."
Begitulah khutbah jumaat sebentar tadi yang admin dengarkan daripada khatib di Masjid Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) . Khatib tersebut telah menyentuh tentang kepentingan seorang anak berbuat baik kepada ibu bapanya . Sahabat-sahabat sekalian ,, sebenarnya isu-isu tentang institut kekeluargaan tidak diberikan keutamaan dalam masyarakat kita kerana kita anggap isu itu sebagai remeh dan tidak penting . Tetapi sebenarnya isu tentang institut kekeluargaan sebenarnya adalah isu yang penting yang perlu diambil berat dan diberi perhatian yang serius . Hal ini kerana pendidikan terawal yang diperolehi seseorang adalah dari rumah . Oleh itu kalau dari tang rumah lagi dah hancuq ,, macam mana kita nak menghasilkan masyarakat Muslim yang berkualiti????

STATISTIK Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftarananak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat! Sahabat-sahabat sekalian ,,, dapat kita lihat betapa kes-kes seperti ini banyak sekali berlaku di negara kita . Apa yang admin nak tekankan di sini adalah betapa pentingnya isu institut kekeluargaan . Sekiranya isu-isu institut kekeluargaan masih lagi belum diberi perhatian yang sewajarnya , tidak mustahil sahabat-sahabat sekalian kes2 seperti ini akan makin meng'gila' statistiknya .



Nukilan Mutiara Nabawi Friday, June 18, 2010

Daftar disini

Photobucket

LOG MASUK


TV USRAH

______________________________________________________