_____________________________________________________________

________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________

Artikel ini turut disiarkan diblog http://selaluberbicara.blogspot.com
" Maka Sesungguhnya Orang Mukmin Itu Bersaudara"

Assalamualaikum warahmatullah taala wabarakatuh. Hidup umpama BOLA. Asyik berputar ditendang orang. Ha, itulah kehidupan. Ketika menulis entri ini alfaQir hanya mampu tersenyum memikirkan nasib Usrah Ahmadiah@ Syazuliah dalm tempoah 1-2 tahun akan datang. Usrah Syazuliah @ Ahmadiah yang telah masuk tahun ke-6 penubuhannya sememangnya alfaQir cintakan perjuangan usrah ini. Pahit manis, masam masin usrah semuanya alfaQir rasai bersama. Dan usrah inilah yang membentuk diri alfaQir sehingga mampu berdiri sebagai seorang yang mampu memberikan apa yang patut diberikan. Mendengar banyak keluhan tentang usrah menjadikan alfaQir begitu sedih dan hiba. Ya Allah, Bantulah Kami dalam melaksanakan kewajipan ini Ya Allah...Sedih.




Kekuatan

Menilai kekuatan yang dibekalkan oleh semua ahli usrah kali ini menampakkan hasil yang sebegini rupa. Kekuatan asas pergerakan. Inilah puncanya kita hari ini makin lama makin tidak bersemangat dalam menjalankan aktiviti usrah. Yang besar makin besar. Kadang-kadang alfaQir terfikir, dimanakah perginya ahli usrah yang lain khususnya ahli yang senior dalam melicinkan semua masalah usrah. Jika masing-masing mementingkan urusan sendiri, percayalah dan akuilah, Usrah ini akan lenyap 2 tahun lagi. Perjuangan untuk membinanya memang satu urusan yang menyakitkan dan di akhiri dengan perkara yang amat pahit. Yang kita inginkan adalah manis dipenghujungnya. Jadi, kesimpulannya, kekuatan dalam melaksanakan kerja dakwah ini amat penting. Dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar kita pun janganlah lupa tanggungjawab sebagai daie. ' I Love Dakwah'. Masihkah anda ingat perkataan ini?..Fikir-fikrkanlah..

Semangat

Dalam menjalankan kerja ini semangat merupakan faktor yang amat penting. Pernah dengar hangat-hangat tahi ayam? Ya, itulah yang melanda kita hari ini. Semangat yang hanya membara apabila melihat sesuatu natijah didepan mata. alfaQir masih ingat, kejadian yang berlaku ketika menguruskan program bersama ulama' pada tahun 2008 memang begitu mencabar semangat alfaQir dan rakan. Dikekang dalam banyak perkara tidak pernah memutuskan semangat alfaQir dan rakan-rakan untuk teruskan perjuangan ini. Semangat memang selalu jatuh jika kita tiada pegangan yang kuat. Pernah anda terfikr, apakah akan terjadi sekiranya Junjungan kita tidak bersemangat dalam mengubah dunia menjadi terang. Kita hanya menyambung perjuangan ini. Sebab itulah, semua naqib perlu memainkan peranan yang amat-amat penting. Sebagai naqib banyak yang anda perlu lakukan. Mencetuskan idea, menasihatkan diri dan ahli, menjadi qudwah itu seharusnya. Dan hari ini, kita masih memberikan alasan untuk semuanya.

Hati


Sememangnya jika ingin berbicara tentang hati alfaQir tidak mampu apakan lagi untuk menafsirkannya. Tetapi, semuanya berpunca dari hati. Hati yang menggerakkan akal untuk segalanya. Bagaimanakah agaknya perjuangan kita jika hati masihlagi diselebungi karat-karat jahiliyyah. Untuk mengikisnya bukan senang. Jadi itu perlunya usrah, kita berkongsi untuk sama-sama mengikis karat. Hati alfaQir ketika menulis ini amat kecewa dengan sebuah komentar dari seorang yang tidak dikenali hanya berani mengatakan usrah tahun ini 'hampeh'. Aduh, pedih rasanya. Hanya pandai memberikan komentar tetapi tindakan untuk memastikan kehampehan usrah tidak wujud kosong! Kongsilah, bantulah, setialah dengan usrah. Moga-moga hati kita ini masih lagi berada dalam jalan dakwah ini. Cinta alfaQir pada usrah ini amat mendalam. Penat lelah alfaQir pertahankan bersama rakan usrah yang lain. Untuk rakan-rakan senawi 2 & 3, alfaQir harapkan kita masih thabatkan diri kita dalam melayari bahtera ini. Jangan kerana penat, sibuk, tekanan kita luoakn segalanya.

Usrah Ahmadiah

Selangkah kita dekat padaNya, Sedepa Allah dekat pada kita. Ingatlah ptongan hadis ini. Agar kita sentiasa berada dalam yakin dengan segala-segalanya. Nasihat untuk alfaQir dan semua, ayuh kita kongsikan bersama segalanya yang ada dalam jiwa kita supaya Usrah ini terus kekal. Impian alfaQir ketika ditanya Hilmi untuk usrah ini, alfaQir impikan usrah ini menjadi sebuah empayar dakwah yang terus bercita-cita mengakkan hukum-hukum Allah. Berkorban, bersedialah kita untuk berkorban apa sahaja jika itu yang memboleh Agama Allah ini terus dipertahankan.

Sebelum alfaQir mengangakt pena. Suka alfaQir sebutkan cinta alfaQir dalam usrah ini amat mendalam. Sedih sekiranya usrah ini terus dibelenggu masalah dan tiada siapa yang mampu mengubahnya. insyaallah. untuk itu alfaQir akan memberikan sedikit perkongsian ilmu pada hari selasa (23 jun) jam 6 petang di musolla maahad. Moga-moga perkongsian ilmu itu mampu meniupkan semangat yang tidak seperti tahi ayam dalam menjanjikan kerja ini berbaloi. Wallahu'alam.

Nukilan Mutiara Nabawi Sunday, June 20, 2010

Daftar disini

Photobucket

LOG MASUK


TV USRAH

______________________________________________________