_____________________________________________________________

________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________

SELAMAT MENYAMBUT EIDUL ADHA



LABBAIKKALLAHUMMA LABBAIK
hambamu datang menyahut panggilanMu, Ya Allah..hambamu datang menyahut panggilanMu


LABBAIKALA SYARIKALA KALABBAIK
hambaMu datang menyahut panggilanMu, tidak ada sekutu bagiMu,hambaMu datang menyahut panggilanMu.

INNALHAMD WANNI'MAH
sesungguhnya segala pujian dan nikmat

LAKA WALMULK
dan pemerintahan hanyalah kepunyaanMu


LASYARIKALAK
tidak ada sekutu bagiMu.

Kepada Allah Yang Tunggal kita saksikan kesyukuran kerana dipertemukan lagi di bulan kemuliaan. Bulan di mana Allah menjemput makhlukNya yang terpilih untuk menjadi tetamuNya dalam ikrar Rukun Islam yang terakhir sebagai menunaikan haji. Lantas itu seluruh pelusuk dunia yang bertauhid kepada Rabbi meraikan suatu hari kemenangan iaitu Eidul Adha


Lafaz talbiah menyorot jiwa dan akal fikiran hanya kepada pengabdian yang tunggal selari dengan persekitaran yang tidak membezakan darjat serta perlakuan-perlakuan yang mempunyai ruh dalam penyerahan diri secara mutlak kepada Allah. Disambut laungan takbir yang bersahutan sepanjang hari tasyrik akan menerbitkan rasa kerdilnya diri di hadapan Allah


Suatu yang perlu diakui bahawa pertembungan antara hak dan batil adalah suatu sunnatullah dari zaman Nabi dan tidak akan berhenti sehingga Islam itu menjadi ketuanan di bumi Allah. Itu diantara intipati dalam menterjemahkan perintah Allah kepada Nabi Ibrahim.


Mimpi para Nabi adalah Wahyu. Maka sebagai ujian Allah untuk menguji ketaatan Nabi Ibrahim a.s dan seturusnya membina suatu tauladan kepada umat manusia yang mendatang maka telah disampaikan perintah melalui mimpi untuk menyembelih putera kesayangannya.


Nabi Ibrahim a.s tetap bertanya dalam kepayahan kepada anaknya sebagaimana firman Allah s.w.t:


(قَالَ يَابُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى)


Yang bermaksud: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat di dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu.


Lalu Nabi Ismail a.s menjawab sebagaimana firman Allah s.w.t:


(قَالَ يَاأَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ)


Yang bermaksud: Wahai ayahku! Jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya Allah engkau akan mendapati aku dari kalangan orang-orang yang sabar.


Kedua-duanya berserah diri untuk menjalankan perintah Allah. Setelah tercapai maksud ujian terhadap Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s serta mereka berdua bersegera untuk menunaikan perintah Allah lalu digantikan dengan seekor kibas putih yang mempunyai mata dan tanduk yang sempurna sebagai tebusan daripada menyembelih anaknya. Nabi Ibrahim a.s mendapati kibas tersebut terikat di sebatang pokok berhampiran bukit Thabir lalu menyembelihnya di Mina. Tempat ini telah dijadikan sebagai tempat mengerjakan ibadat Haji dan sunat berkorban bersempena dari peristiwa Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s serta berterusan sehingga kepada nabi kita Muhammad s.a.w. Bukanlah sedikit pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dalam menyerahkan nyawa anaknya dalam konteks ketaatan kepada Allah. Begitu juga kerelaan Nabi Ismail dalam taatnya beliau sebagai anak terhadap perintah Allah melalui bapanya.


Dalam dunia yang semakin tua dan anehnya manusia menterjemahkan kehidupan sebagai serba moden adalah suatu yang ganjil dan janggal andai diturunkan perintah ujian seberupa itu. Maha Mengetahui Allah pada setiap ketetapan yang ditetapkanNya. Intipati kepada sirah besar itu menjuruskan kepada suatu "pengorbanan" yang akan berterusan sehinggalah bumi ini diratakan sebagai masyar. Pengorbanan yang perlu dilakukan oleh setiap jasad yang bersaksikan Allah itu Tunggal untuk disembah, dan Nabi Muhammad itu adalah penutup segala Nabi. Untuk suatu tujuan yang didokong bersama iaitu memuliakan dan melebihkan Islam mengatasi agama dan idealogi yang lain bukan sahaja dalam aspek anutan bahkan melebihi perlaksanaan.


Dunia sekarang berkehendakkkan umat Islam mempersiapkan diri untuk memperjuangkan syariat dan syiar Islam. Perjuangan yang menuntut pengorbanan yang tidak sedikit malah harus berterusan. Tujuan untuk menegakkan Daulah Khilafah diatas minhaj kenabian hanya dapat direalitikan dengan pengabdian yang benar2 tulus yang akan membawa kepada perlaksanaan untuk berkorban sepertimana yang ditelah dirakamkan oleh oleh Al-Quran akan pengorbanan hamba-hambanya yang taat dalam pengabdian


"Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buatkan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman”


Badan Dakwah Usrah Syazuliah mengucapkan


SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA


Nukilan Mutiara Nabawi Thursday, November 26, 2009

Daftar disini

Photobucket

LOG MASUK


TV USRAH

______________________________________________________