_____________________________________________________________

________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________

Dakwah adalah tugas asasi manusia yang diwarisi sejak kejadian manusia pertama, nabi Adam a.s. dan isterinya
Hawa. Ringkas kata, dakwah dan manusia adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan sama sekali. Jika
dipisahkan tugas dakwah daripada manusia, nescaya hilanglah kemanusiaan manusia itu dan jadilah mereka
seperti binatang.

Manusia dijadikan Allah s.w.t. sebagai khalifah di muka bumi ini, iaitu sebagai makhluk yang menerima amanah
Allah s.w.t. untuk mentadbir bumi ini seperti kehendak Penciptanya (Al-Baqarah: 30). Sudah tentu orang yang
menerima amanah itu merupakan makhluk yang terbaik yang pernah dijadikan Allah s.w.t., kerana yang terbaik
sahaja yang mampu membimbing makhluk yang lain tanpa bantahan. Untuk mengekalkan status sebagai makhluk
terbaik yang memimpin ini, maka manusia perlu mengekalkan kemanusiaannya supaya tidak bertukar menjadi
kebinatangan. Manusia kebinatangan tidak akan lagi diterima kepimpinannya oleh manusia kemanusiaan, bahkan
tidak akan diterima oleh makhluk-makhluk yang lain. Untuk mengekalkan status itulah (makhluk terbaik), maka
manusia perlu sentiasa berdakwah dan ingat mengingati antara mereka.

Dengan menjalankan tugas dakwah, generasi Sahabat r.a. diisytiharkan sebagai umat yang terbaik (khayra ummah)
yang pernah dikeluarkan di dunia untuk menjadi pemimpin dan contoh kepada sekalian manusia. Allah s.w.t.
berfirman dalam surah Ali `Imran: 110 yang bermaksud: "Kamu adalah sebaik-baik umat yang pernah dikeluarkan
untuk (memimpin) manusia, (kerana kamu) menyeru kepada kebaikan dan kamu mencegah kemungkaran dan kamu
sendiri beriman kepada Allah…".

Dalam erti kata lain, kerana dakwahlah, iaitu menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, maka para
Sahabat r.a. memperolehi status khayra ummah. Dengan terbentuknya generasi khayra ummah ini, Islam dapat
berkembang dengan cepat untuk membawa misi rahmat untuk sekalian alam (al-Anbiya': 107), yang di dalamnya
terkandung segala macam makhluk Allah s.w.t. daripada manusia dan jin sama ada Islam atau bukan Islam,
binatang, tumbuh-tumbuhan, batu-batan, bahkan segala-galanya akan mengecapi rahmat jika Islam itu ditegakkan.
Tanpa wujudnya generasi khayra ummah itu, tidak mungkin misi rahmat untuk sekalian alam itu akan tercapai.

Untuk membina, membentuk, menjaga dan memastikan penerusan generasi yang bersifat khayra ummah itu, Nabi
s.a.w. telah bekerja keras dengan bantuan wahyu dan mukjizat, yang keseluruhan pengorbanan itu dirakamkan oleh
kitab-kitab sejarah sehingga hari ini. Satu pengorbanan yang tiada tolok bandingnya, satu pengkisahan sejarah
awal secara terperinci yang tiada tandingan.

Bagaimanakah cara dakwah yang dijalankan oleh Nabi s.a.w. dalam proses untuk mencapai misi rahmat untuk
sekalian alam? Apakah setiap tutur kata, perbuatan dan tingkah lakunya sentiasa lemah lembut, kerana Allah
memerintahkan Nabi s.a.w. berdakwah secara hikmah? Firman Allah s.w.t. dalam (al-Nahl: 125) bermaksud:
"Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka secara
yang paling baik…". Soalnya, apakah hikmah dan cara yang paling baik itu bermaksud sentiasa lemah lembut,
sabar, tidak marah, memberi maaf dan tidak mengambil apa-apa tindakan?

Nukilan Mutiara Nabawi Wednesday, December 10, 2008

Daftar disini

Photobucket

LOG MASUK


TV USRAH

______________________________________________________