_____________________________________________________________

________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam Ukhwah dan Salam Perjuangan.

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد الله رب العا لمين وبه نستعين على الامور الدنيا والدين تم اما بحد.

Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Baginda Sayyidina Muhammad s.a.w . Serta para sabahat Baginda.

Pertama dan selama-lamanya marilah kita memanjatkan kesyukuran kita kepada Dia tuhan sekalian alam yang masih lagi membenarkan kita dan masih lagi menganugerahkan hirupan oksigen dimuka bumi ini. Moga dengan bersyukurnya kita kepadaNya akan menambahkan lagi nikmat-nikmatNya ke atas kita.


Ikhwan dan Akhowat Usrah,


Tahun 2011 telah meninggalkan kita dengan pelbagai rencah kehidupan. Ada yang masam dan ada juga yang masin. Semuanya kita lalui dalam kehidupan sebagai seorang Hamba Allah. Kedatangan tahun 2012 yang baru sehari ini moga mampu merancakkan lagi industri Dakwah tanah air kita ini.

Tahun 2012 ini merupakan tahun ke - 8, Usrah Mubayyinah ditubuhkan. Dengan keahlian yang bertambah saban tahun membuatkan usaha kecil dakwah kelompok ini makin teguh dan bersinar. Pelbagai mehnah dan tribulasi yang kita lalui bersama. Dan ujian ini mengukuhkan tali persaudaraan bersama ahli usrah yang lainnya.


Sayyidina Umar r.a berkata :

"Tiadalah Islam kecuali Jemaah, Dan Tiadalah Jemaah Tanpa Kepimpinan, dan Tiadalah ertinya Kepimpinan itu melainkan dengan ketaatan".


Teman-teman pejuang dakwah,


Kekuatan usrah ini tertelak dibahu kita. Jika hanya nama dicari, gah yang diingini maka rosaklah dakwah ini. Oleh kerana itu, Ikhlas dalam berjuang ini amat dituntut didalam mana-mana gerakan dakwah.

Disamping memperkokohkan keikhlasan kita kepadaNya, perli diingatkan kepada semua ahli bahawa komitmen dan tanggungjawab dalam melaksanakan usaha kecil dakwah in bukan tergantung semata-mata di atas bahu para pimpinan. Maka, kita semualah yang harus memberi komitmen yang konsisten untuk merealisasikan misi dan visi Usrah Mubayyinah.

Sirah Rasulullah s.a.w membuktikan bahawa Hjratur Rasul s.a.w sukses menuju ke Madinah dengan semua komitmen yang diberikan oleh para sahabah radiyallahum ajmain. Namun, belakang ini kekuatan yang kita dambakan makin tertiris oleh sikap ancuh tidak ancuh para pimpinan Usrah Mubayyinah. Tidak tahu mana silapnya.


Saf-saf pejuang Usrah Mubayyinah,


Ketika Sultan Muhammad Alfateh ingin menakluk Kota Agung Konstatinopel, banyak usaha yang dilakukan oleh Baginda Sultan. Antara yang terbesar dilakukan oleh Sultan Muhammad Alfateh adalah mempersiapkan barisan pejuang yang ikhlas berjuang kerana Allah. Oleh kerana itu, perlu kita ambil cakna 'persiapan' ini dalam memastikan pemacu dapat memacu dengan betul.

Selagi lagi kita ingatkan diri kita apakah itu Dakwah selagi itu kita akan berusaha untuk menjadi yang terbaik dan berusaha untuk memastikan kerja ini berterusan.

Dalam isu pembubaran Usrah Mubayyinah diperingkat sekolah saya hanya mampu menyatakan ianya bukanlah satu tindakan yang bijak. Tambahan Usrah Mubayyinah ditubuh diperingkat sekolah dengan salah satu objektifnya membantu melicinkan gerak kerja BADAR sekolah. Namun, bukan bererti adanya Usrah Mubayyinah ini memecahkan kelompok-kelompok pelajar.

Jika benar Usrah Mubayyinah ini memecahkan kelompok pelajar satu persoalan yang suka saya lontarkan bahawa ketika awal kemunculan Usrah ini dimuka bumi tarbiyah mengapa isu memecah belahkan pelajar tidak menjadi fokus utama pimpinan? Jawapannya adalah kerana kehadiran Usrah Mubayyinah ini memang tidak memecah belahkan kelompok pelajar.


Para saf pimpinan dan ahli usrah yang dikasihi,


Dalam berjuang dan berdakwah ini seharusnya kita mendalami fiqih-fiqihnya. Oleh itu, fiqhud dakwah perlu dihadami oleh setiap kepimpinan khususnya dan keseluruh ahli usrah secara amnya untuk memastikan kelancaran kerja dakwah ini berterusan.

Akhir kalam, gunakan waktu yang singkat ini untuk menabur bakti kepada Agama, Bangsa dan Negara. Pernah sampai ditelinga saya sepotong ayat yang membuka mata saya untuk terus kuat dalam dunia ini , "Belajar No 1, Tetapi Dakwah Bukan No 2". Ummah menanti kerja kita bukannya menanti omongan kosong kita. Wallahu'alam.

"Kita hidup bukan untuk diri kita semata-mata kerana kehidupan itu singkat dan melalaikan pula. Apa yang perlu kita lalukan pada usia yang terbatas ini ialah buat sesuatu untuk ditinggalkan kepada generasi selepas kita. Ketahuilah apaila kita hidup dengan pemikiran matang maka kehidupan akan bermakna dan berkesan." [As-Syahid Sayyid Qutb]


Mohd Asri Hj Zainal

Insan Prihatin,

Bekas Presiden Usrah Mubayyinah 2006, 2008.

www.selaluberbicara.com


Nukilan Mutiara Nabawi Tuesday, January 3, 2012

Daftar disini

Photobucket

LOG MASUK


TV USRAH

______________________________________________________