Apakah  rasa bosan? Rasa bosan  timbul apabila anda jemu menghadap  sesuatu berulang-ulang kali. Dalam situasi lain, rasa bosan timbul  apabila anda tiada apa yang dibuat, tak ada apa hendak dilakukan ketika  masa terluang. Awas! Bosan adalah petanda besar anda orang yang tidak  ada matlamat. Tips motivasi kali ni, berikut adalah 4 petua bagaimana mengelak rasa bosan. 1. Sibukkan Diri, Kenal Pasti Hobi. Cari  apa yang boleh dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika anda tiada  apa hendak  dilakukan, fikirkan sesuatu yang anda rasa seronok melakukannya supaya  tidak sedar masa berlalu. Ada orang suka tengok tv sebab dia rasa  seronok menonton tv, walau dari pagi sampai ke malam. Ada orang suka  memancing, sebab dia seronok memancing, walau dari malam sampai ke pagi.  Untuk mengelak rasa bosan cari sesuatu disekeliling yang boleh anda  lakukan. 2. Jadi Workaholic Orang  workaholic adalah orang yang suka bekerja, asyik dengan kerja hingga  tak sedar masa berlalu. Kerja bukan kerja bagi dirinya tapi satu hobi.  Perasaan  enjoy bekerja ni akan hadir apabila nda menemui keseronokan ketika  melaksanakan kerja.Untuk mengelak rasa bosan, anda boleh bentuk diri  anda menjadi seorang workaholic – sentiasa ada saja yang perlu dibuat,  ada saja yang perlu disiapkan, ada saja yang perlu disempurnakan. Awas!  Sikap workaholic tak sesuai untuk orang suddah berkawin. Jika anda  seorang suami, nanti isteri anda saman anda sebab tak balik-balik rumah  dek terlalu layan kerja. Jika anda seorang isteri, nanti suami anda  makan maggi setiap  hari. 3. Set Matlamat, Azam, Cita-cita dan Impian. Selepas itu Berusahalah Mencapainya! Orang  yang selalu merasa bosan adalah orang yang tidak ada impian. Orang yang  bosan dengan hidup adalah orang tidak ada cita-cita. Set satu impian  kemudian fikirkan cara untuk mencapai impian itu. selepas tu berusalah  mencapainya walau dengan apa cara sekalipun, asalkan halal. Fikir,  fikir, fikir, selepas itu buat. Buat dan terus buat. Jangan duduk diam!  Lama-kelamaan anda akan perasan anda dapat mengelak rasa bosan sebab  anda sudah tidak ada masa untuk merasa bosan. Masa yang ada terisi  dengan usaha ke arah mencapai cita-cita anda. 4. Rajinkan Diri  Beribadah. Ini  pula adalah tips yang baik untuk mengelak rasa bosan dari perspektif  Islam. Sibukkan diri dengan ibadah. Dalam menyempurnakan tuntutan ibadah  wajib, banyakkan ibadah sunat. Hadirkan rasa kekurangan dan kehambaan  dalam diri. Jangan pernah merasa puas dengan ibadah-ibadah yang sudah  disempurnakan sebelum ini. Rasai keseronokan melaksanakan ibadah, rasai  ketenangan ketika dalam proses menyempurnakan ibadah. Pasti anda  terdorong untuk melakukannya lagi,  dan lagi, dan lagi, banyak kali sampaikan anda macam tak mahu berhenti. penulis: Mohd Shukri Abdullah@iluvislam.








