_____________________________________________________________

________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum w.b.t, Moga sahabat dan teman pembaca berada didalam kerahmatanNya. Bulan maulid bakal meninggalkan kita tidak lama lagi, semoga selawat serta salam ke atas Baginda tidak ditinggalkan kita. Suka saya ingatkan bahawa tanpa usaha Baginda dalam menyebarkan islam satu ketika dahulu sudah tentu hari ini kita masih beragama hindu. Bersyukurlah kita kepadaNya. Saya tertarik untuk menulis tentang keadaan manusia hari ini yang seakan sama dengan IBLIS. Mungkin saya yang menulis ini juga tidak terlepas dari memiliki sifat itu. Takabbur dan Sombong! Moga Allah pelihara kita dari semua itu.

Allah berfirman didalam surah al-Baqarah ayat 34 yang bermafhum
"Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir". Jelas firman Allah membuktikan bahawa Iblis sekalipun tidak mahu sujuk kepada Nabi Adam a.s yang diciptakan lebih mulia darinya. Sifat iblis yang bongkak ini menyebabkan Allah sangat-sangat murka dengan iblis. Begitu jugalah manusia yang selalu berada disekeliling kita. Kadangkala hingga terlupa yang mereka ini juga berasal dari setitis air mani yang hina seperti kita jua. Namun, akibat usia, pangkat, harta, kedudukan dan kuasa mereka terlupa semuanya itu. Menindas, menzalimi, mengherdik, mencaci dan meninggikan diri pada orang lain tanpa rasa bersalah. Hanya Allah tahu sahaja betapa kita membenci perangai sebegini.

Baginda juga bersabda "Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak."(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi). Lagi hadith yang berkenaan sifat iblis ini “Tidak masuk syurga orang yang dalam hatinya ada seberat zarah daripada takabbur.” (Hadith riwayat Muslim). Betapa tegasnya Baginda 'alaihis salam menjenuh perasaan ini. Begitu juga dengan manusia lain. Fitrah manusia inginkan keadaan yang aman tanpa ada rasa sakit hati dan juga rasa tertekan dengan insan lain. Namun akibat sikap mereka yang terlalu eg0@sombong menyebabkan insan lain terluka. "Kau pahal, Kau Pasal, Pahal, B**i, B*#%@& menjadi zikir harian mereka. Saya cukup terluka jika sekiranya salam kita dibalas dengan perkataan yang kurang sopan dan juga dengan suara yang tinggi. Walaupun hanya sekadar gurauan.Tidak bermakna dengan gurauan kita tidak melukakan hati manusia. Tikamana Imam Syafie bermadah dengan penuh tawadhuknya kita pula bermadah dengan penuh rasa tinggi diri. "Aku cintakan orang yang soleh, walaupun aku bukan dalam kalangan mereka. Semoga apabila bersama mereka, aku akan mendapat syafaat. Aku benci kepada orang yang melakukan maksiat, walaupun aku adalah sama seperti mereka." Sungguh tawadhuk Imamuna Akbar Imam As-Syafie.

Begitulah resmi padi, makin berisi makin tunduk bukan makin meninggi diri. Walaupun Imam As-Syafie seorang insan yang hebat namun belajar untuk menghormati dan menerima insan lain menjadikan Beliau bertambah hebat. Pernah satu ketika, saya melihat bagaimana seorang insan yang diherdik dihadapan orang ramai tanpa memikirkan apa reaksi orang ramai ketika itu. Walaupun ada yang memandang peristiwa itu sebagai satu teguran@marah kepada pekerja namun marah dan herdikkan adalah perkara yang sangat berbeza. Marah tidak memerlukan herdikkan. Herdikkan memerlukan marah. Begitulah kehidupan makhluk yang bergelar insan di atas muka bumi hari ini.

Penyakit ini perlu dibendung. Penyakit takabbur dan sombong ini perlu dikikiskan segera. Jika tidak ianya memudaratkan kita. Saya percaya, setiap insan mempunyai egonya tersendiri. Tetapi apalah erti ego itu jika kita menyerupai sifat Iblis yang amat dibenci. Fitrah manusia memang ingin lebih dari yang lain namun perlu diingatkan bahwa tanpa didikan yang sempurna dan lengkap kita mungkin akan tergelincir akhirnya. Itulah sebabnya, hari ini kejadian anak buang ibu, ayah dan keluarga makin bertambah dan makin menjadi-jadi. Terfikir dibenak fikiran yang tidak berapa terurus saat ini. Dahulunya ibu bapa yang tidak mempunyai apa-apa kelulusan boleh menjaga anaknya sehingga anaknya mendapat Ijazah, Master mahupun Phd. Namun saat hari ini, insan yang bergelar Profesor sekalipun belum tentu dapat menjaga ibubapanya. Akhirnya rumah perlindungan orang tua menjadi singgahsana terakhir ibubapa zaman sekarang. Saya mohon kepada yang Maha Kuasa agar diberikan saya kekuatan untuk menjaga ibubapa saya hinngga ke akhir hayat mereka.

Belajar menerima hakikat. Itulah kesimpulan yang saya mampu berikan untuk penyelasaian masalah ini. Saya terpanggil untuk berkongsi pendapat satu masa dahulu dengan seorang ukhti. Beliau bertanya, bagaimana kita ingin hadapi cemuhan dan cacian serta jelekan orang kerana kita melakukan kebenaran. Jawab saya, kita teruskan konsoisten dengan kerja kita tanpa mempedulikan orang lain kerana mereka hanya cemburu dengan kita dek kita mampu melakukannya tanpa mereka melakukannya. Ada juga seorang akhi bertanya, ramai yang dingin dengan beliau akibat tindakan beliau menegur seorang sahabatnya tentang etika pemakaian. Jawab saya, orang beri kita sampah, kita beri orang itu semula berlian permata, bukan sahaja berlian permata itu cantik dan berkilau bahkan memanfaatkannya. Belajarlah meneriman hakikat insan lain. Bukan semuanya didunia ini 'sempurna' seperti kita. Bukan semuanya didunia ini lahir dengan apa kita sangkakan. Kerana apa? Kerana kita insan yang hina, lahir dari setitis air mani yang amat hina. Sedarkah kita? Koreksi diri kita, hitung taqwa kita, semoga menjadi insan lebih berguna. Terima kekurangan, tutupi keaiban dan manfaatkan kebaikkan. Doakan saya agar Allah berikan kekuatan untuk menghindar sifat seperti ini disamping doakan saya agar penulisan buku saya berjalan dengan lancar. Wallahu'alam.

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan. 2/3/11
Sumber: Selalu Berbicara

Nukilan Mutiara Nabawi Friday, March 4, 2011

Daftar disini

Photobucket

LOG MASUK


TV USRAH

______________________________________________________