_____________________________________________________________

________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________

Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur pada Allah kerana memberi peluang dan kesempatan untuk saya kongsikan suatu cerita dengan tetamu ziarah. Setelah difikirkan rasanya telah tiba masanya untuk saya kongsikan pengalaman untuk menyampaikan dakwah dan nasihat kepada orang lain sedaya yang mungkin.

Seringkali saya mendapat persoalan, “Sejak bila berpurdah?”, “Kenapa pakai?” dan soalan yang sewaktu dengannya. Di sini saya cuba menjawab persoalan sahabat-sahabat yang masih menjadi tanda tanya itu. Sebenarnya kali pertama saya memakai purdah adalah semasa tahun kedua pengajian iaitu ketika berusia 20 tahun. Alhamdulillah saya dapat peluang itu semasa berada di rumah kakak saya yang kedua, lebih mesra dipanggil KakNgah iaitu di Selandar, Melaka. Saya mendapat dorongan dari Kakngah saya sejak dari tingkatan 2. Kakngah saya memang dah lama berhasrat untuk memakai purdah namun Kakngah hanya berpeluang memakainya setelah berkahwin 9 tahun yang lalu.

Ketika itu saya belum cukup kekuatan untuk istiqamah memakainya. Mungkin juga disebabkan saya masih menuntut, pemakaian sebegitu tidak dibenarkan di kampus. Alhamdulillah setelah saya tamat pengajian dan berkhidmat di sebuah sekolah tahfiz di Kelantan, saya memakainya semula memandangkan pakaian begitu menjadi uniform pelajar di sekolah tersebut. Walaupun guru tidak diwajibkan tetapi saya lebih selesa memilih untuk memakainya.

Hukum berpurdah sebenarnya sunat kerana ia adalah pakaian isteri para Nabi. Oleh sebab itu saya tidak memakainya apabila berada di rumah. Pada mulanya ibu saya tidak mengizinkan saya memakainya kerana ibu risau saya terlibat dengan gerakan al-Arqam. Namun saya menjelaskan pada ibu bahawa saya tidak terlibat dengan gerakan seumpama itu. Saya memakainya untuk keselamatan dan keselesaan saya sendiri. Saya perlu akur dengan ibu kerana mentaati ibu adalah wajib sedangkan memakai purdah cuma sunat. Saya berdoa agar ibu saya faham dan membenarkan saya memakainya suatu hari nanti. Dan Alhamdulillah, Allah telah perkenankan doa saya kerana tidak lama selepas itu ibu mengizinkan saya memakainya.

Pernah saya berjalan di kedai semasa keluar bandar saya dipandang pelik seolah-olah saya nak mencuri pula di kedai mereka, namun saya tidak hiraukan pandangan sedemikian kerana saya tahu niat saya bukan begitu dan saya sentiasa memohon agar Allah melindungi saya walau di mana saya berada. “Ihfazhillaha yahfazhka”, Jagalah Allah, Allah pasti menjagamu..InsyaAllah saya akan cuba istiqamah dengan niqab selagi situasi mengizinkan. Mudah-mudahan Allah tetapkan hati saya dalam beramal dan menjauhi segala sifat mazmumah yang boleh menggugurkan pahala amalan.

Kepada muslimah yang ingin berpurdah di luar sana, teruskan niat antunna. Jangan takut atau bimbang kerana Allah akan bantu siapa yang ingin berbuat kebaikan. Wallahua’lam

sumber: sini

Nukilan Mutiara Nabawi Thursday, March 10, 2011

Daftar disini

Photobucket

LOG MASUK


TV USRAH

______________________________________________________