_____________________________________________________________

________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________


Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, kesempatan ini marilah kita sama-sama berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Alhamdulillah, Maha Suci Allah dari sebarang kelemahan telah memberikan kita kesempatan untuk kita terus menjadi hambaNya di atas muka bumi ini. Moga, kesempatan yang diberikan olehNya mampu menjadikan kita hamba-sehambanya. Kesempatan ini juga kita rafakkan kesyukuran dengan tertubuhnya Usrah Ahmadiah ini sekian lamanya untuk memenuhi ruangang kosong dihati dengan pengisian tarbiyah ruhiyyah dan jasadiyah. Alhamdulillah.

12 Rabi’ul awal tahun gajah menyaksikan lahirnya seorang insan yang mulia di atas muka bumi Allah ini. Kelahiran Baginda s.a.w telah menjadikan dunia yang dahulunya gelap gempita bertukar menjadi terang dengan rahmat. “Dan tidak Kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk rahmat kepada sekalian alam." (Al Anbia: 107). Firman Allah didalam alQuran jelas memberitahu bahawa diutusNya Baginda sebagai pembawa rahmat keseluruh muka bumi. Ada juga di antara para mufassirun( ahli tafsir) yang menfasirkan bahawa Baginda bukan pembawa rahmat namun Baginda sendiri adalah rahmat[1]. Demikianlah lahirnya Baginda ini sebagai tauladan dan ikutan manusia dibumi ini. "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak manusia." [2]Jelas sabda Rasulullah ini memberitahu kita bahawa hadirnya Baginda untuk membentuk hati-hati manusia supaya menjadi insan yang cemerlang gemilang dan terbilang dalam meletakkan tahap taqwa kepada Allah. Namun, terpulang kepada manusia sendirilah untuk mengikut atau tidak teladan-teladan yang ditinggalkan oleh Baginda s.a.w. Tepuk dada Tanya Iman!

Pengorbanan yang dilakukan oleh Baginda untuk menyebarkan Islam teramat besar nilainya. Pengorbanan jiwa raga serta harta yang dilakukan Baginda dan para sahabat r.a telah menjadikan Islam hari ini mampu berpijak dibumi yang nyata. Bermula langkah Baginda di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam sebagai satu tarbiyah kepada para sahabat agar terus setia dan terus beriman serta bertaqwa kepada Allah. Sebagai contoh, hasil dari tarbiyah Rasulullah, dahulunya Umar bin Al-Khattab merupakan seorang yang membenci Islam namun dengan sopan dan santunnya Baginda Rasulullah telah memikat Sayyidina Umar r.a untuk memeluk Islam. Sejarah hari ini memberitahu bahawa Sayyidina Umar merupakan khalifah yang kedua selepas Sayyidina Abu Bakar r.a. Alangkah indahnya cara dan pekerti Baginda s.a.w dalam proses pentarbiyah manusia.

Kehidupan sebagai seorang insane sering kali lalai dan alpa dengan suruhan Allah. Hakikatnya hati makin lama makin penuh dengan karat-karat jahiliyyah. Sabda Rasulullah s.a.w "Sesunggubnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?. Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan mengingati maut (mati).[3] Jelas terpampang dihadapan kita, jika hati tidak disemai dengan zikrullah serta amalan-amalan lain sudah tentu hati akan menjadi karat. Oleh hal itu, kelangsungan tarbiyah tiada hentinya. Mereka yang berhenti dari usaha mentarbiyah diri seolah-olah telah berhenti berusaha untuk mendapat hidayah Allah. Syeikh Mustafa Masyhur[4] berkata tarbiyah dan pembersihan jiwa diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka ia akan layu dan kering. la akan terus hidup subur jika dibajai dan disirami. Demikianiah manusia. Hidup sebenarnya bagi individu atau jemaah adalah kerana adanya iman. Hidup manusia sebenarnya adalah hidup hatinya dengan keimanan bukan hidup jasad yang akan fana. Iman di dalam hati itulah yang akan melahirkan kehidupan yang bermakna. Hati perlu digilap selalu kerana ia mungkin berkarat.

Tarbiyah mestilah dilakukan didalam usrah mahupun kelompok muzakarah. Tidak mungkin boleh dilakukan sendirian. Sehubungan itu, berada didalam jemaah yang selalu mengingatkan ahlinya dari kealpaan dan kelekaan akan menjadikan kita sentiasa komitmen dalam melaksanakan tugas sebagai hamba Allah. Begitu juga dengan perkara lain, didalam usrah pelbagai isu yang boleh dibincangkan untuk perkongsian bersama. Begitulah pentingnya usrah mahupun kelompok muzakarah.

Harapan saya supaya semua yang membaca perutusan ini agar sentiasa mengikuti proses-proses pentarbiyahan supaya kita tidak mudah tergelincir dari landasan. Kekuata dan keagungan Islam yang perlu dikembalikan semula semuanya terletak di atas bahu kita. Alangkah indahnya, jika nama kita disebut oleh Allah di akhirat kelak kerana berjuang menegakkan kembali sinar yang pernah terang satu masa dahulu. Usrah dan tarbiyah merupakan elemen yang termat penting dalam menjana produktiviti ummah. Sekian, wallahua’lam.

“Amal Jam’ie, Produktiviti Tinggi”

………….…..t.t……………...

Mohd Asri Zainal alHaj

Mantan Presiden 2006, 2008

Usrah Ahmadiah Negeri Sembilan.

Mahasiswa Tahun Pertama,

Universiti Sidi Mohammed ben Abdellah, Maghribi


[1] Syeikh Muhammad Fuad Al-Maliki juga menaqalkan kata-kata bahawa Baginda sendiri adalah rahmat. (Majlis Maulidur Rasul 1431H), Maahad As-sofa.

[2] Riwayat al-Hakim, Muhammad bin Abdullah, al-Mustadark ala al-Shohihain, Darul Kutub Al-ilmiyah, 1990, Jilid ke2, Halaman 670, No 4221, Dihukumkan hadith ini Shohih oleh Imam Az-zahabi dengan riwayat Imam Muslim.

[3] (HR Al Baibaqi)

[4] Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin ke 4

Nukilan Mutiara Nabawi Thursday, February 17, 2011

Daftar disini

Photobucket

LOG MASUK


TV USRAH

______________________________________________________