_____________________________________________________________

________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________


مَنْ سَنَّ فِي الإسلام سُنَّةً حَسَنَةً فَعُمِلَ بِها بعْدَهُ كُتِب لَه مثْلُ أَجْر من عَمِلَ بِهَا وَلا يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ، ومَنْ سَنَّ فِي الإسلام سُنَّةً سَيِّئَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وزر من عَمِلَ بِهَا ولا يَنْقُصُ من أَوْزَارهِمْ شَيْءٌ» [رواه مسلم].


"Barangsiapa yang membuat kebaikan dalam islam maka baginya akan mendapatkan ganjaran serta ganjaran orang-orang yang mengikuti sesudahnya tanpa dikurangi sedikitpun. Dan barangsiapa membuat dalam islam satu perbuatan yang buruk , maka baginya akan mendapatkan dosa ditambah dosa-dosa orang-orang yang mengikuti sesudahnya itu (hr muslim)”

Hampir 2 tahun meninggalkan kepimpinan Usrah Syazuliah, rasa rindu dengan perjuangan yang walaupun sedikit namun hakikatnya peranannya besar. Alhamdulillah, sepanjang meninggalkan legasi usrah kepada takuk kepimpinan yang lain pelbagai perubahan yang didengar. Seronok apabila perjuangan kita semalam diteruskan pemimpin@ ketua jemaah hari ini. Hari demi hari, pelbagai program dan usaha dilakukan untuk memastikan perjalanan dan pergerakan usrah berjalan dengan lancarnya. Kadang kala usaha kita ini orang pandang rendah kerana sangkaan kerja ini sia-sia. Alangkah ruginya mereka yang bersangkaan seperti itu. Kebenarannya usrah merupakan satu medium tabiyah yang terbaik bagi kita.

Tarbiyah yang tidak dihiasi dengan jiwa yang istiqamah barangkali akan menyebabkan jiwa-jiwa yang berada dalam landasan perjuangan ini mudah goyah dan berpaling arah. Menurut Al Syeikh Mustafa Masyur bahawa Tarbiyah dan pembersihan jiwa diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka ia akan layu dan kering. la akan terus hidup subur jika dibajai dan disirami. Demikianiah manusia. Hidup sebenarnya bagi individu atau jemaah adalah kerana adanya iman. Hidup manusia sebenarnya adalah hidup hatinya dengan keimanan bukan hidup jasad yang akan fana. Iman di dalam hati itulah yang akan melahirkan kehidupan yang bermakna. Hati perlu digilap selalu kerana ia mungkin berkarat. Karat hati dengan malasnya kita berusrah. Karat hati dengan jenuhnya kita mendengar peringatan. Itulah perlunya kita ISTIQAMAH dalam perjuangan ini.

Wahai Pejuang,

Seingkali kita mendengar usrah tiada gahnya lagi, ‘usrah dah tidak macam dahulu lagi’, ‘usrah tidak bermanfaat lagi’, ‘usrah asyik sama jer’. Sedarlah wahai pejuang sungguhpun luahan itu acapkali menyakitkan hati kita tapi hakikatnya iulah yang kita lakukan. Makin hari makin lemah pentadbiran kita makin kucar kacir. Makin hari makin lemah pentadbiran kita. Makin hari makin luntur semangat kita. Puncanya? Kita tidak jelas dengan matlamat perjuangan kita. Pernah ada yang datang kepadaku dan mengadu “Kenapa usrah hari ini macam tak berjalan je, naqib-naqib macam tak bergerakjer, tak nak bubarkan ke?”, soalan yang memedihkan tapi membenarkan situasi. Keadaan kita yang hari mementingkan diri sendiri sama seperti mereka yang tidak mengerti erti perjuangan dalam usrah ini.

Usrah syazuliah, Usrah ahmadiah semuanya tiada erti jika masing-masing tidak ada pengorbanan yang diberi. Selalu kita dengar perjuangan itu memerlukan pengorbanan. Tapi hakikatnya ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Itu yang mengakibatkan semua yang berada didalam usrah ini menilai dan mempertikai sejauh keberkesanan usrah ini dan sejauh mana usrah ini mampu menyinarkan obor tarbiyah didalam diri kita. Teringat kata-kata seorang murabbi, “Tarbiyah ini adalah proses yang berterusan”. Sejauh mana hebat anda dan setinggi mana ego anda tarbiyah adalah segala-galanya.

Jatuh Bangunnya Sebuah Usrah,

Akhi, masihkah kita ingat tahun 2008?, zaman gentir bagi usrah kita. Apabila masing-masing semuanya ingin melepaskan diri dari usrah. Alasan mereka, hanya orang yang baik sahaja mengikuti usrah ini. Alangkah kelam kabut ketika itu pentabiran usrah. Tapi kita bangkit akhi, kita bangkit dari semua itu hanya untuk memastikan usrah ini terus wujud. Masihkah kau ingat Penasihat Usrah ini berucap, “perlunya usrah ini adalah sebagai medium untuk melahirkan seorang naqib yang berkaliber”. Lihat, betapa pentingnya usrah yang kita anggap remeh ini.

Itulah kita, selalunya tidak nampak apa hikmahnya jika terus berjuang didalam medan usrah ini. Sedangkan Baginda Rasulullah juga berusrah ketika ingin berhijrah ke Madinah Al Munawwarah. Ingatkah kita? Seringkali kita lupa. Itu sebabnya kita acuh tidak acuh dengan usrah. Walaupun usrah ini tiadalah besar pengertian dimata islam tapi adakah pernah kita terfikir, bagaimana hendak merawat hati kita yang makin berkarat dengan kesan-kesan jahiliyyah? Itulah gunanya usrah. Proses tarbiyah ruh. Ingat, sikap acuh tidak acuh kita dengan usrah sedikit sebanyak member kesan kepada semuan. Percaya atau tidak? Tunggu dan lihat kesannya jika kita masih begini.

Dimana Semangat Kita Akhi?

Dahulu kita beria-beria berusrah kerana dahulu adanya orang yang membantu kita. Sekarang orang itu telah pun meninggalkan kita dimana semangat kita? Adakah kita berusrah selama ini hanya kerana manusia? Cukuplah, ayuh kita anjakkan paradigma kita supaya kita dapat membantu Islam melalui proses pentarbiyahan ini. Kukepilkan sedikit coretan Syeikh Yusuf AlQaradhawi dalam menyuarakan faktor kejayaan tarbiyah ini,

i. Keyakinan sepenuhnya bahawa tarbiyah adalah satu-satunya wasilah yang paling berkesan untuk merubah masyarakat, melahirkan rijal dan seterusnya mencapai kejayaan. Melalui tarbiyahlah Rasulullah SAW berjaya membentuk generasi rabbani sebagai contoh yang sukar ditandingi.

Jalan Tarbiyah adalah jalan yang jauh, jalan yang sukar dan jalan yang bertahap-tahap. Sedikit sekali yang mampu mengharungi jalan ini, tapi ianya satu-satunya jalan untuk sampai kepada kejayaan.

ii. Hanya Tarbiyah Islam yang mempunyai manhaj dan matlamat, lengkap dalam semua aspek dan jelas dari segi sumber, proses dan perancangannya.

Penutup

Sekian lama kita melalui jalan ini, ku harapkan kita masih lagi ada semangat untuk meneruskan warisan silam. Agar kita masih lagi bersemangat dalam proses tarbiyah ini jagalah hati kita dari karat-karat jahiliyah. Orang yang meletakan konsep boleh ditarbiyah dan boleh mentarbiyah orang lain, maka orang inilah yang akan dipilih oleh ALLAH untuk menyambung risalah nabi. Sesungguhnya risalah yang benar memerlukan jiwa yang kuat yang mampu membawa risalah yang berat ini. Tarbiyah Islamiyah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Bahkan ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT.

Sekian Wasalm, Luahan Hati.

Nukilan Mutiara Nabawi Sunday, October 31, 2010

Daftar disini

Photobucket

LOG MASUK


TV USRAH

______________________________________________________