_____________________________________________________________

________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________

cukuplah jika ikhlas..walau dengan hanya satu rakaat solat

cukuplah jika ikhlas...walau dengan hanya satu ucapan salam

cukuplah jika ikhlas..walau dengan hanya sebuah senyuman..

cukuplah jika ikhlas...

cukuplah jika ikhlas...

mencari ikhlas itu susah...SUSAH dan teramat SUSAH.

APA ITU IKHLAS???

Keikhlasan adalah suatu yang dilakukan tanpa mengharapkan balasan atau kepentingan, mudah untuk dikatakan tetapi sukar untuk dilaksanakan, KERANA begitu ramai manusia yang MAHU melakukan amalan untuk mendapat keredaan Allah swt, NAMUN sukar untuk melahirkan keikhlasan itu.

Ianya sukar sekiranya didalam kehidupan ini, kita sentiasa mencari kepentingan- kepentingan peribadi,mungkin saja berupa pujian dan penghormatan, atau kita sentiasa mencari kemegahan, mencari populuriti sebaliknya, kita tidak terfikir untuk mencari ikhlas di mata ALLAH.


WALHAL, AMALAN YANG IKHLAS SAHAJA YANG AKAN DITERIMA ALLAH,
WALAU SEKECIL-KECIL BENDA..

hati.
ikhlas itu pada hati..
dalam hati ada niat..

عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب (رضي الله عنه) قال: سمعت رسول الله (صلى الله عليه وسلم) يقول: "إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرئ ما نوى، فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله، فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها، فهجرته إلى ما هاجـر إليه". (رواه إماما المحدّثين: أبو عبدالله محمـد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبه البخاري الجعفي، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة).


Maksudnya:

“Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada

niat

, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.


Amal Yang Ikhlas itu bagaimana?





Amal yang ikhlas islah amal yang didasarkan pada niat kerana ALLAH bukan kerana manusia atau lainnya, dan disusuli dengan amalan atau perlakuan yang baik sahaja yang akan diterima Allah dan diberikan ganjaran.


Dalam sebuah kisah..Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam lalu berkata:



“Ya Rasulullah! Ada seoranng lelaki yang bersedekah dan ia suka supaya dipuji dan diberikan pahala kepadanya”. Rasulullah SAW tidak dapat menjawab apa-apa sehinggalah diturunkan ayat ini:



“Maka barang siapa mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah kerjakan amal yang soleh. Dan janganlah ia sekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya.”

wa na uzubillahi minzalik.

sekarang, perhatikan niat masing-masing. dan mari kita lihat pula, apakah

Sebab-sebab Yang Merosakkan Amal kita



1. Perasaan sombong

Perasaan ini merosak dan memusnahkan keikhlasan amal meskipun kelihatan elok dan sempurna pada zahirnya.

2. Perasaan riya’

Saidina Umar pernah berkata kepada Mu’az bin Jabal yang sedang menangis, “Kenapa engkau menangis?”. Jawabnya, “Kerana ada hadith yang aku telah dengar daripada Rasulullah yang menyatakan bahawa sedikit saja riya’ itu adalah syirik.”



Oleh itu ikhlas ialah memaksudkan taat kepada Allah dan tidak memerlukan apa-apa yang lain.



Riya’ pula ada dua jenis:



1. Memaksudkan taat kerana manusia.


2. Memaksudkannya kerana manusia dan kerana Allah sekaligus.



Kedua-dua jenis riya’ di atas akan memusnahkan amal.



Amal yang dicampuri riya’ bukanlah amal yang bersih, malah amal itu menipu diri, mengotorkan jiwa dan menghampakan harapan. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam menamakan riya’ sejenis syirik yang paling halus sebagaimana sabdanya:



“Yang amat aku takuti atas kamu ialah syirik yang paling kecil (halus)”.



Kemudian ditanya mengenainya, lalu baginda Sallallahu’alaihiwasallam berkata, “Itulah riya".



Riya’ itu biasa wujud pada amal, iaitu amal yang dikerjakan kerana manusia. Atau pun, meninggalkan sesuatu amal kerana manusia. Dalam hal ini, Fudhail Ibn Iyad telah berkata:



“Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya’. Beramal kerana manusia adalah syirik. Ikhlas itu ialah Allah menyelamatkan engkau daripada kedua-duanya.”





Jelaslah bahawa amal yang dikerjakan dengan riya’ dan amal yang dilakukan bercampur antara kerana Allah dengan kepentingan dunia adalah amal yang bersifat sekutu, sedangkan Allah tidak mahu menerima amal seperti itu. Imam Ghazali telah berkata:



“Bahawa sekutu pada amal yang menghilangkan pahala ialah dengan berperasaan riya’. Adapun sekutu dengan yang lainnya tidaklah menghilangkan pahala sama sekali. Hal ini samalah seperti urusan haji yang dikerjakan dengan maksud berniaga dan urusan perang yang dimaksudkan untuk mempertahankan agama di samping mendapatkan rampasan harta benda. Orang yang mengerjakan haji dengan maksud yang tersebut akan mendapat pahala menurut kadar niatnya, manakala orang yang berperang itu pula akan mendapatkan pahalanya walaupun akan berkurangan daripada yang sepatutnya.”



Al-Syeikh ‘Izzuddin Ibn ‘Abdal-Salam pernah ditanya orang tentang kelakuan orang yang bersembahyang yang memanjangkan rukun sembahyangnya kerana manusia. Maka jawabnya:



“Saya mengharapkan bahawa tidaklah dihapuskan pahalanya jika perbuatan sekutunya itu (iaitu memanjangkan rukunnya kerana manusia) pada sifat amal itu saja. Tetapi jika sekutunya itu didapati pada asal atau dasar amal, iaitu niat sembahyangnya kerana Allah dan kerana manusia, maka teranglah ia tidak akan diterima sembahyangnya.”

astaghfirullah..
astaghfirullah..
wa astaghfirullah..

cukuplah ...
cukuplah jika ikhlas..walau dengan hanya satu rakaat solat


Ps:
kepada sahabat seperjuagan, jazakumullahu jaza' kepada semua yang concern ttg keadaan diri dan perubahan wajah yang selalu pucat akhir-akhir ini..

kadang, manusia itu perlu masa untuk muhasabah diri dan uzlah..mencari semula diri..agar tak terus hanyut bersama amalan-amalan kosong tak berisi.SEMUA ini bagaikan debu berterbangan saja bila di tiup angin..

banyak yang harus diteliti..banyak juga yang harus direnungi...
ada masa sesoerg itu perlu "berhenti" SEBENTAR sebelum meneruskan perjalanan.
kerana traffic light juga ada SENGGA MASAnya..
jika merah, berhentilah seketika, kemudian bila sudah bewarna HIJAU..teruskan PERJALANAN.

apa guna melakukan sesuatu dengan hanya TERPAKSA atau BERPURA-PURA?

apa guna mengubah diri, atau membaiki diri, namun kerana MANUSIA?

Nukilan Mutiara Nabawi Friday, May 28, 2010

Daftar disini

Photobucket

LOG MASUK


TV USRAH

______________________________________________________