_____________________________________________________________

________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________

Salam Ukhwah, Salam Satu Ummah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Apa khabar iman anda hari ini? Moga-moga iman kita sentiasa meningkat. Dalam usaha meingkatkan iman kita memang pelbagai mehnah yang perlu kita tempuhi bersama. Iman dan Taqwa bekalan kehidupan. Justeru itu, untuk memastikan iman kita sentiasa meningkat dan taqwa kita bertambah seharusnya kita muhasabah diri setiap masa.

Alumni Usrah Syazuliah@Ahmadiah, hampir 3 bulan tidak berhalaqah kerana kesempitan waktu dan kekangan dari program yang banyak. Alhamdulillah, dengan kesedaran pihak alumni Usrah Ahmadiah, kami berjaya membuat halaqah liqa' fikri di Maahad Ahmadi STAM. Dengan kekuatan 25 orang ahli, perjumpaan dimulakan dan dipengerusikan oleh mantan amir lajnah dakwah dan program Akh Asri. Di awal muqaddimahnya, beliau menekan bahawa tujuan Allah mengutuskan Rasulullah dengan tujuan untuk menunjukkan dan mengajarkan kepada manusia tentang Addin. Menerusi firmanNya yang bermafhum "Dan Dialah yang mengutuskan utusanNya dengan alhuda (alquran) dan Deenul haq, untuk menzahirkan(menyempurnakan) deenil kullih( cara hidup keeseluruhannya) walaupun dibenci oleh orang kafir". Dengan penjelesan yang penuh semangat, Akh Asri menjelaskan bahawa tugas Rasulullah itu perlu diteruskan selepas kewafatan baginda. Jika tidak manusia tidak akan lagi bertauhidkan Allah. bersyariatkan Islam dan berakhlakkan dengan akhlak mahmudah.

Tambahan Akh Asri, pernah berlaku ketika runtuhnya zaman khilafah islamiyah uthmaniyah pada tahun 1924. Khilafah Islamiyah Uthmaniyah yang diruntuhkan oleh seorang yahudi yang bertopengkan islam yang mengakibatkan dunia islam hari ini ditindas dan dipinggirkan. Percaya atau tidak, pada zaman pemerintahan Mustafa Kemal Attartuk, beliau meminda perlembagaan turki uthmaniyah yang meletakkan islam sebagai agama utama didalam khilfah, tetapi Kemal menjadikan islam sebagai agama yang perlu di awasi oleh perlembagaan. Sekaligus menyebabkan perundangan negara turut berubah. Lebih dahsyat, sesiapa yang memakai tarbus dan memakai tudung akan dikenakn hukuman berat kerana menghia perlembagaan Kemal. Na'uzubillah min zalik. Inilah kesannya jika dunia hari ini tidak meneruskan kerja Rasulullah.

Selepas habis muqaddimah, Akh Asri mneruskan liqa' dengan memberitahu tujuan liqa' ini di adakan. Hanya denagn 3 tujuan, iaitu perlantikan semula naqib dan mewujudkan semula halaqah usrah dalam kalangan alumni. Menerbitkan semula buletin usrah dan menggerakkan tenaga alumni untuk membantu peneraju usrah ahmadiah terus menggerakkan usrah ini. Pelantikan Hj Umar, Hilmi Hadi dan Zakwan sebagai naqib bagi alumni memang tepat pada masanya. Pelantikan mereka atas persetujuan semua alumni diharapkan dapat mengubahkan dunia satu hari nanti. Halaqah bagi alumni akan diadakan setiap minggu pada hari rabu jam 6.30 petang di musolla. Halaqah usrah untuk permulaan ini hanya akan membincangkan tentang ahwal islam.

Penerbitan semula buletin usrah yang hampir terkubur bakal menjadi sejarah dalam alumni usrah. Idea yang datang ketika membincangkan isu yang bakal dalam dibawa dalam buletin sungguh menaikkan semangat alumni untuk menceburkan diri dalam bidang penulisan. "Edisi Alumni Conquer, Suara Kebangkitan dan Refomarsi Usrah". Tajuk-tajuk yang bakal dibincangkan juga akan membangitkan semangat ahli-ahli usrah lain. Bakal ditambah didalam buletin kali ini adalah hasil sentuhan karikatur berkonsepkan dakwah oleh Ahmad Hazim atau nama komersialnya Cher bersama Ahmad Zahid dengan nama kacut. Buletin yang bakal diterbitkan dalam masa 3 minggu dari sekarang akan menemui semua ahli usrah syazuliah@ahmadiah. Harapan alumni dengan penerbitan buletin ini akan membantu sebanyak sedikit Majlis Tertinggi Usrah Ahmadiah dalam meneraju pentadbiran usrah.

Sebelum bersurai, pengerusi majlis memberikan peluang kepada naqib-naqib usrah yang baru dilantik menyampaikan amanat mereka. Ternyata mereka amat menyayangi usrah ini apabila mereka berpesan supaya apabila kita berusrah ini sebenarnya kita lakukan kerja yang mulia. Majlis ditangguhkan sehingga hari rabu. Wallahu'alam.

~ditulis oleh budak kecik~

Nukilan Mutiara Nabawi Saturday, April 3, 2010

Daftar disini

Photobucket

LOG MASUK


TV USRAH

______________________________________________________