_____________________________________________________________

________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________

artikel ini ditulis oleh: Amir Lajnah Dakwah dan Program
editor: Khairul Anuar

Pada era globalisasi ini sememangnya penuh dengan pancaroba. Dunia yang bertunjangkan kemajuan ICT pada hari ini tidak lagi membuatkan manusia hidup seperti 'katak dibawah tempurung'. Kecanggihan teknologi juga merupakan satu tuntutan dalam agama islam. Melalui kemajuan dari sudut teknologi ini, kefahaman terhadap Islam dapat disebarkan keseluruh pelusuk dunia. Dahulunya Christoper Columbus terpaksa menggunakan burung merpati sebagai perantaraan ketika belayar ditengah lautan, sekarang hanya dengan menaip alamat email sahaja sudah cukup untuk menyampaikan pesanan anda! Sedar atau tidak kemajuan teknologi ini sebenarnya menggugat keimanan dan menggoncang ketetapan hati.

Dalam tulisan alfaQir kali ini, ana hanya ingin membincangkan sedikit masalah yang melanda kita hari ini khususnya semua pelajar agama. Walaupun bukan satu isu yang besar akan tetapi disebabkan "nila setitik rosak susu sebelanga". Menjelang cuti sekolah tempoh hari kebanyakan sekolah membenarkan pelajarnya untuk mengadakan sebarang aktiviti selagi tidak melanggar peraturan sekolah. Begitu juga dengan sekolah ana, ramai dalam kalangan pelajar melakukan aktiviti mereka sendiri. Ada yang mengikuti kursus intensif bahasa arab, ada pula yang baru sahaja pulang dari Ijtimak Badan Beruniform, dan ada yang hanya duduk dikelas membuat ketupat.

Dalam kesempatan itu masih ada lagi yang mencari ruang kesempitan untuk melakukan noda terhadap Rabbu Jalil. Ana terkejut apabila seorang ahli dorm ana yang tidak menyertai ijtimak meluahkan perasaan seronoknya menonton filem 'wrong turn' kepada rakan-rakan yang menyertai ijtimak. Terdetik dalam fikiran yang lemah tanpa bantuan Allah ini "biar betul, budak-budak ni tengok cerita tu?". Bukannya apa, memandangkan kawan ana baru sahaja mengkritik filem tersebut dihadapan ana ketika mengulang kaji pelajaran dikelas tercinta 2 osman. Sehubungan itu, ana terkesima mendengar luahan ahti ahli dorm ana itu yang seronok menonton filem tersebut. Rakan ana yang mengkritik filem tersebut memberitahu kepada ana bahawa filem tersebut tidak sesuai ditontom secara umum.

Mungkin kesilapan mereka berpunca daripada diri ana sendiri. Sekiranyan cara sesetengah pihak mengadakan tayangan seperti itu sewajarnya ditentang secara keras dan dikutuk habis-habisan. Sebelum ana menulis artikel ini, ana sudah pun menjelaskan pendapat tentang ketidakpuashatian ana terhadap cara atau pelaksanaan tayangan ini kepada rakan-rakan seperjuangan. Sudahlah ceritanya tidak bagus, tidak berkualiti, dan tidak langsung meningkatkan nilai produktiviti diri malahan, hendak menonton terpaksa membayar dengan sejumlah wang yang kecil. Walaupun nilainya tidaklah terlalu besar tetapi kesannya begitu besar sehinggakan lubangnya tidak dapat ditutup walaupun penutupnya sebesar gajah.

Ana bukannya hendak menentang sangat tindakan mana-mana pihak menjadi penganjur tayangan tersebut, tetapi sebagai seorang pelajar yang memahami dalam memastikan mutiara Islam tidak dicemari, maka ana bangkit bersuara. Ana berpendapat bahawa sekiranya ingin menganjurkan tayangan, biarlah bertepatan dan sesuai dengan ruh islamik para pelajar. Biarlah cerita yang ditayangkan itu bosan tetapi mendatangkan kesan kepada jiwa penontonnya. Ingat kaedah satu usul fiqh "Niat tidak sesekali menghalalkan cara". Kaedah yang sungguh relevan sehingga pada hari ini walaupun sudah ditinggalkan beratus tahun oleh ulama' yang mengkajinya. Alangkah baiknya, jika tayangan tersebut memaparkan cerita-cerita yang mempunyai elemen-elemen motivasi. Hakikatnya, ana dan semua pengurusan Usrah Syazuliah tidak setuju kepada pihak penganjur. Nampaknya, pelajar agama pada hari ini lebih rela untuk bayar membuat maksiat berbanding mendengar ceramah, forum, tazkirah dan mauizah secara percuma.

Oleh itu, sebelum mengakhiri pena ini, ana berasa perlu juga ana membangkitkan isu pemakaian baju jersi berlambangkan 'carlsberg'. Hal ini, sememangnya tidak patut terjadi dalam kalangan pelajar agama. Cara pemakaian seperti ini secara tidak langsung mempromosi jenama barang haram itu. Banayak lagi baju jersi yang boleh dibeli, mengapa kita mesti membeli pakaian yang berlambangkan 'carlsberg' tersebut.Renung dan fikir-fikirkanlah sejenak, kerana Berfikir sesaat itu lebih baik daripada beribadah selama 60 tahun. Ana memohon kemaafan sekiranya didalam penulisan ini ana terkasar bahasa, hanya memohon bantuan Allah jua. Wallahu'alam.

Nukilan Mutiara Nabawi Friday, January 1, 2010

Daftar disini

Photobucket

LOG MASUK


TV USRAH

______________________________________________________