_____________________________________________________________

________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________



Setiap insan wajib mengabdi dan menghambakan diri kepada Allah. S.w.t kerana mereka dicipta adalah semata-mata untuk beribadah kepada-Nya. Mengabdi bererti menyembah dan menerima segala ketentuan dan segala keputusan Allah s.w.t. Ia juga dapat diertikan sebagai tunduk dan patuh kepada semua titah perintah Allah s.w.t dan menjauhi segala larangan-Nya. Sesungguhnya tidak wajar jika insan menyembah dan mengabdikan diri kepada yang lain selain daripada Allah s.w.t sedangkan mereka telah dijadikan makhluk yang terbaik. Mereka telah diberi peluang seluas-luasnya untuk menikmati pemberian Allah s.w.t sebagai dalam pelbagai bentuk atau cara. Malahan kewujudan mereka di alam buana ini pun adalah juga nikmat kurnia Allah s.w.t.
Sebaliknya jika insan itu menyembah dan mengabdikan diri kepada makhluk yang tidak Khalik (yang mencipta) bererti mereka telah melakukan sesuatu perbuatan yang amat keji dan terkutuk. Dengan lain perkataan insan sedemikian bolehlah digolongkan ke dalam golongan orang yang tidak berterima kasih. Di antara laku perbuatan yang boleh menggambarkan pengabdian seseorang kepada Allah s.w.t termasuklah:
a. Sentiasa melakukan ibadah khusus dengan sempurna. Mengabdi dan dan beribadah kepada Allah s.w.t bukan terhad kepada sembahyang, zakat, puasa, haji, jihad, tahlil, zikir dan tilawah al-Quran tetapi meliputi semua aspek kehidupan. Malahan semua perbuatan dan gerak laku insan dikira sebagai ibadah sekiranya perbuatan itu dilandasi oleh niat yang tulus ikhlas kerana Allah s.w.t dan dilakukan mengikut lunas-lunas yang diperuntukan oleh syariat.
b. Sentiasa bersedia mematuhi perintah melakukan ibadah khusus terutama dikala dan ketika ibadah-ibadah itu mesti disempurnakan.
c. Sentiasa menggunakan nikmat dan kemudahan yang diberi oleh Allah kepada sesuatu yang mendatangkan manfaat seperti menggunakan pancaindera untuk melihat, mendengar, mencium, merasa dan menyentuh sesuatu yang disukai oleh Allah s.w.t.
d. Sentiasa bersedia untuk menyumbangkan sebahagian daripada harta untuk badan-badan kebajikan seperti rumah anak yatim, fakir miskin dan sebagainya. Disamping itu harta yang dikurniakan itu digunakan untuk membangunkan masjid, madrasah, sekolah dan tempat-tempat yang memberi manfaat kepada ummah.
e. Sentiasa menggunakan pangkat dan kedudukan sebagai alat untuk mengajak manusia kepada jalan yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Mereka menyedari bahawa pangkat dan kedudukan itu adalah amanah Allah s.w.t.
f. Sentiasa menggunakan kemudahan-kemudahan yang dikurniakan umpamanya kenderaan yang selesa untuk melawat dan pergi ke tempat-tempat yang disukai Allah s.w.t. Kenderaan mereka lebih banyak dibawa ke masjid, majlis-majlis ilmu, majlis-majlis sillaturarahim dan lain-lain.
g. Sentiasa meyakini hukum dan segala keputusan Allah s.w.t sahaja yang Maha Benar.
Orang yang sentiasa mengabdikan diri kepada Allah s.w.t sentiasa berada dalam keadaan aman dan bahagia sepanjang masa. Disamping itu, setiap pekerjaan dan perkara yang dilakukan oleh mereka juga akan diredai oleh Allah s.w.t.

Nukilan Mutiara Nabawi Monday, March 16, 2009

Daftar disini

LOG MASUK


TV USRAH

______________________________________________________