_____________________________________________________________

________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________

Selepas sebulan umat islam mengerjakan rukun islam yang ke-5,tibalah masanya yang dimana bulan Dzulhijjah akan meninggalkan kita,bulan Dzulhijjah bulan terakhir didalam taqwim islam ataupun yang didengari taqwim hijri.Sebuah hadis yang menggambarkan fadhilat di bulan Zulhijjah ini. “Tidak ada dari hari-hari yang dilakukan padanya amalan-amalan yang lebih dikasihi oleh Allah daripada hari ini(iaitu hari-hari permulaan Zulhijjah 1-10hb). Para sahabat bertanya: Biarpun tanpa jihad di jalan Allah? Baginda menjawab: Jihad dalan Allah pun tidak, kecuali seorang yang keluar menyabong nyawanya dan mengorbankan hartanya dan tidak kembali lagi”..Hadis ini menceritakan fadhilat di bulan Zulhijjah ini..
Menjelang tahun baru hijriah,banyak peristiwa yang berlaku di luar pemikiran batas kita,di antaranya bencana alam yang meragut banyak nyawa,perubahan secara drastik global,dan keadaan islam yang makin di pinggir sebagai panduan hidup mahupun di negara islam sendiri.Selang beberapa hari kita menyambutnya iaitu tahun baru hiijriah tiba pula tahun baru masihi iaitu 2009.Menyingkap peristiwa yang berlaku di dalam bulan Muharram ini,dimana Rasulullah y berhijrah dari Makkah ke Madinah untuk menurut perintah Allah s.w.t,di sebalik hijrah Rasulullah bersama para sahabat,ramai dikalangan para sahabat yang sanggup berkorban harta benda demi menegakkan agama islam yang di bawa oleh Rasulullah ketika itu,Sayidina Abu Bakar As-siddiq sanggup meninggalkan kekayaan yang dimilikinya hanya semata-mata untuk berhijrah menegakkan islam bersama Baginda s.a.w begitu juga Sayidina Abdur Rahman bin Auf yang terkenal dengan seorang hartawan turut meninggalkan harta disamping menginfakkan di jalan Allah.

Begitu besar pengorbanan Rasulullah y bersama para sahabat yang sampai hari ini sejarah islam tidak pernah melupakan jasa Baginda y dan para sahabat.Tetapi hari berganti hari kita lihat ramai dalam kalangan kita hampir saja lupa akan mereka,lupa akan pengorbanan mereka yang dimana tanpa mereka tanpa Baginda y,islam tidak tersebar hingga ke hari ini,ada di antara kita yang di mana melupakan tanggungjawab mereka dan tidak tahu malu apabila meninggalkannya..begitu sohih kata-kata Rasulullah y yang berbunyi “In lam tastahi fasna’ ma shi’ta..yang bermaksud jikalau kamu tidak tahu malu,buatlah apayang kamu kehendak”.Hadis ini memang memberikan kesan yang dalam kepada sesiapa yang menghayatinya.Hari ini mengikut statistik sebuah badan swasa(NGO) kelahiran bayi yang didaftarkan tanpa ayah amat memeranjatkan!!!.Angka 250000 seakan-akan menjadi angka bilangan yang sedikit.Begitu juga dengan laporan seorang kakitangan sebuah hospital yang mengatakan di hospitalnya laporan kelahiran seperti ini tidak kurang dari 50 kes sebulan. “ Allahu Rabbi”.Ini hanya kes zina bagaimana pula dengan keadaan mungkar yang lain.?!

Sabda Rasulullah S.A.W yang mafhumnya “Tiada jihad yang lebih besar dan dahsyat melainkan jihad kepada nafsu”Hadis ini menggambarkan betapa susahnya untuk melawan nafsu,hal ini disebabkan nafsu adalah punca segala-galanya,misalnya nafsulah punca zina,nafsulah punca merogol,nafsulah punca rasuah berleluasa,nafsulah punca orang dianiaya,dan nafsulah punca segala maksiat berleluasa.Zina hanya berlaku disebabkan seseorang itu hanya berakalkan manusia dan bernafsukan haiwan bahkan mereka yang berzina tanpa rasa malu sesama sendiri diumpamakan oleh Allah sebagai haiwan ternakan bahkan lebih teruk daripada mereka(haiwan ternakan) kerana Allah mengurniakan akal untuk berfikir baik dan buruk tetapi mereka tidak memanfaatkannya.Begitu juga dengan merogol,kerana tidak tahan nafsu yang menggoda akibat kesan media mahupun kesan serangan alternatif yang digunakan oleh mush islam,mereka sanggup merogol untuk memuaskan nafsu syahwat mereka,itu yang sampai kedengaran oleh kita “bapa rogol anak.abang ipar rogol adik ipar,datuk rogol cucu” ini semua berpunca daripada nafsu kita yang tak pernah merasa puas dengan yang ada.Hari ini terpampang aktiviti rasuah yang menjadi kebiasaan orang ‘berduit’ dan ‘berjawatan’ didalam sesebuah institusi.Jika mereka berasa qanaah dengan apa yang mereka miliki semestinya mereka tidak akan lagi mengejar kekayaan dan kemewahan dunia yang sementara,untuk apa kita mengejar kekayaan!!Duit tidak boleh beli kebahagiaan,keselamatan,dan keselesaan di akhirat mahupun dunia!!Sedarlah wahai manusia memanglah duit segala-galanya,tetapi ingatlah segala-galanya bukan dengan duit!!Sebuah Hadith Rasulullah S.A.W yang menceritakam tentang rasuah ini.. “La’ana Rasulullah s.a.w arrashi wamurtashi”yang bermaksud “Rasulullah s.a.w melaknat perasuah dan penerima rasuah”..Ini sudah cukup untuk menggambarkan betapa besar kebencian Rasulullah terhadap orang yang melakukan rasuah ini,jika Rasulullah sudah membenci apatah lagi dengan Allah?!!Fikirkan lah..

Sempena tahun baru hijriah 1430 ini,marilah kita tingkatkan iman kita yang makin hari makin luntur akibat daripada kesan daripada serangan secara senyap musuh-musuh islam laknatullah alaihim!!.Tengoklah hari ini berapa ramai manusia yang mengaku bahawa dirinya islam tetapi sejauh mana dia mengamalkan islam tersebut,dan sejauh mana mereka menghayatinya dan sejauh mana mereka mengasihi agama yang kira-kira dianutinya itu.Allahu Akbar!!cukuplah ana bawakan satu contoh untuk dijadikan iktibar bagi kita semua.Hari ini jangan terkejut jika anak-anak kita,adik-adik kita,ibubapa kita,keluarga kita,qarabat kita,taulan kita lebih memuja,lebih mengenal,lebih mendalami para artis daripada mengenali,mendalami sunnah yang ditinggalkan,memahami adab-adab yang ditunjukkan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W,inilah penyakit yang dialami oleh kebanyakan umat islam hari ini,malahan tidak malu ketika tersalah menyebut nama para anbiya’,para auliya’i solihin,para ulama’ bahkan diejek pula nama-nama mereka waiya’uzbillah,tetapi mereka merasa malu apabila tersalah sebut nama-nama artis pujaan mereka,malu ketika salah memanggil nama jolokannya,inilah hakikat umat islam hari ini.Dari contoh yang ana bawakan ini,jelas sekali umat islam hari ini lebih mementingkan hiburan,wang,artis pujaan,dan kecantikan daripada mementingkan agamanya sendiri.Hari ini anak-anak kita lebih suka dan gembira dapat masuk ke rancangan reality yang hanya semata-semata inginkan popularity dan hanya semat-mata ingin menjadi orang yang diminati ramai.Sedarlah wahai rakan-rakanku,percayalah yang kamu kejar itu hanya sementara,buktinya dah ada dihadapan mata kita,hanya diri sendiri sahaja nak percaya mahupun tak nak.
Dalam menempuh onak kehidupan ini hanya Al-Quran dan As-Sunnah sahaja yang dapat melindungi kita dari segala-galanya.Mafhum dari Sabda Rasulullah “aku tingglkan kamu semua dua perkara,selagi kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat selamanya,iaitu Al-Quran dan As-Sunnah”jadi hanya dengan 2 harta pusaka yang ditinggalkan oleh Nabi kita ini dapat memandu kehidupan kita agar menjadi kehidupan yang diredhai oleh Allah dan diberkati oleh Baginda Nabi y.Di akhir kalam ini,sempena Tahun Baru Hijriah ini,sama-samalah kita berhijrah dan berazam untuk menegakkan kalimah tauhid Allah supaya syiar agama Allah ini terus terpancar ke saentero dunia.Ana berpesan kepada diri ana sendiri dan semua muslimin dan muslimat agar kita berhijrah dari takuk yang lama ke takuk yang baru,dari seorang yang malas bersolat secara berjamaah berhijrah kepada seorang yang rajin bersolat secara berjamaah,dari seorang yang malas membaca al-quran kepada seorang yang rajin membaca al-quran ‘ala kulli hal
kepada yang buruk/maksiat kepada yang baik/soleh.Lakukanlah semua kerana Allah,walupun ianya memerlukan sedikit pengorbanan dan ingatlah hanyasanya Allah juga suka akan mereka berhijrah kepada kebaikan kerana mencari keredhaan dan keranaNya.Seperti Sabda Rasulullah y “orang yang berhijrah adalah orang yang menjauhi apa yang dilarang oleh Allah untuk melakukannya”(hadis riwayat bukhari&muslim).Bagi pihak usrah,kami akan berhijrah untuk memantapkan lagi usaha kami untuk berdakwah dan usaha mengislahkan diri kami.Hanya keredhan Allah juga kami pohonkan dan segala salah kami pohon seribu kemaafan dari semua pihak dan kami mohon keampunanNya agar usaha kami selama ini tidak menjadi sia-sia di akhirat kelak.Sambutlah tahun baru hijriah mahupun masihi ini dengan rasa penuh kesyukuran disamping menyambutnya mengikut syariat yang telah ditetapkan.Haza Wallahua’lam.-SALAM MA’AL HIRAH DARI KAMI USRAH SYAZULIAH-



















Katabalahu al-faqir

Nukilan Mutiara Nabawi Monday, December 29, 2008

Daftar disini

Photobucket

LOG MASUK


TV USRAH

______________________________________________________