_____________________________________________________________

________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________


RAMADHAN KEDATANGAN MU DI NANTI PEMERGIAN MU DI TANGISI…

Oleh:Mohd Zulhafizi b.Salim @ eigie naib pengarah usrah syazuliah

Alhamdulillah dengan kekuasaan ALLAH s.w.t dapat lagi kita bertemu dengan bulan yang dijanjikan oleh Allah dengan pelbagai rahmat didalamnya.ALLAH menganugerahkan kita setahun mempunyai 12 bulan tetapi hanya satu bulan sahaja ALLAH menganugerahkannya 1001 nikmat yang tidak terkata.

Sahabat -sahabat yang dikasihi ALLAH,

Kedatangan ramadhan dinantikan kerana di dalamnya terdapat 1001 nikmat,bukan semua manusia yang bertaburan diatas muka bumi Allah menantikan kedatangan ramadhan.Hal ini kerana mereka tidak mengamati erti ramadhan.

Kita mesti tertanya-tanya mengapa mesti kita nantikan ramadhan?Apa itu ramadhan? Ini adalah persoalan bagi orang yang belum mengenali erti ramadhan.

Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah,

Kita seharusnya menantikan kedatangan ramadhan dengan penuh pengharapan,oleh itu barulah kita merasakan ramadhan adalah bulan yang hebat.Bagi para ulama’,mereka mewajibkan diri mereka menantikan kehadiran ramadhan kerana mereka memahami erti ramadhan dengan sebenar-benarnya serta mengetahui rahsia-rahsia yang terkandung didalam ramadhan.

Rahsia ramadhan sebenarnya terlampau banyak sehinggakan orang yang dipilih jiwanya sahaja akan berasa sedih apabila bakal ditinggalkan oleh ramadhan.Rahsia pertama yang menjadi suntikan utama mereka nantikan ramadhan ialah mereka ingin mengubah tingkah laku pada bulan yang penuh barakah ini.Satu persoalan yang mungkin kita timbulkan ialah “kenapa tunggu ramadhan baru nak mengubah tingkah laku kita?

Sahabat-sahabat yang dimuliakan ALLAH,

Sahabatku memang tidak sepatutnya kita menuggu ramadhan untuk mengubah tingkah laku kita tetapi ramadhan mempunyai keistimewaan sendiri.Telah bersabda baginda RasuluLLAH s.a.w:daripada Hazrat Abu ‘Ubaidah r.a beliau berkata saya telah mendengar RasulALLAH bersabda “ Puasa adalah perisai,selama mana dia tidak memecahkannya”. ( sumber:Fadhail Amal,Muhammad Zakariya Khanlandawi)

Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH,

Melalui sabdaan baginda, ramadhan adalah satu perisai yang mampu melindungi orang yang membuat amal kebaikan didalamnya.Ramadhan juga merupakan bulan pentarbiyahan roh ini kerana pada bulan yang mulia ini ALLAH TA’ALA membelenggu makhluknya yang ingkar perintahnya semasa penciptaan Adam a.s(syaitan). jadi ini memudahkan dalam proses menggubah tingkah laku kita

Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH,

Dari segi sains pula,berpuasa di bulan ramadhan mampu mengaktifkan sel-sel didalam otak serta menjadikan minda kita cerdas,syair arab ada mengatakan;orang yang memuja perut bukanlah orang yang berakal kerana perut yang penuh menyebabkan akal kosong.(syair daripada Maulana Sa’di r.a.)

Sahabat-sahabat yang diredai ALLAH,

Bukan sekadar ini sahaja rahsia ramadhan, terdapat satu rahsia yang paling agung didalam bulan ini iaitu Laillatul Qadr.ALLAH TA’ALA berfirman mengenai laillatul qadr yang berbunyi “sesungguhnya malam kemulian(laillatul qadr)lebih baik daripada seribu bulan”.

Laillatul Qadr hanya diturunkan pada malam ramadhan sahaja bahkan laillatul qadr lebih baik daripada seribu bulan.Cuba kita bayangkan kalau kita tidak mendapat laillatul qadr berapa banyakah amalan yang diperlukan untuk menjadikan amalan kita seumpama laillatul qadr.Marilah kita bersama-sama menghayati ramadhan setiap tahun sebagaimana ulama’menghayati ramadhan serta berusaha mencari 1001 nikmat yang disediakan.

Nukilan Mutiara Nabawi Monday, September 29, 2008

Daftar disini

Photobucket

LOG MASUK


TV USRAH

______________________________________________________